awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketibaan 2013 disambut penuh meriah

Bernama
Bernama
01/01/2013
01:01 MYT
Ketibaan 2013 disambut penuh meriah
Pertunjukan bunga api menerangi ruang angkasa Dataran Merdeka sempena sambutan Tahun Baru 2013.
Ia dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menyaksikan rakyat pelbagai kaum membanjirinya sejak 6 petang, termasuk para pelancong asing.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais serta menteri-menteri kabinet turut hadir memeriahkan sambutan bersama lebih 130,000 rakyat pelbagai kaum.
Para pengunjung bersorak gembira apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad berdetik sebanyak 12 kali bagi menandakan permulaan tahun baru.
Situasi yang sama turut dilihat di beberapa tempat lain di sekitar ibu negara seperti di Menara Berkembar Petronas, Bukit Bintang serta pusat pentadbiran Putrajaya.
Sambutan di Dataran Merdeka turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen yang turut memuatkan tayangan video klip perutusan tahun baru daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di Menara Berkembar Petronas, kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri sekitar taman awam bagi menyaksikan sambutan dengan persembahan memukau 'Lake Symphony Fountain Show', diiringi persembahan bunyian dan cahaya yang menarik sebelum percikan bunga api memenuhi ruang angkasa tepat pada tengah malam.
Di Putrajaya, percikan bunga api mewarnai ruang angkasa bagi melengkapkan acara yang turut mengadakan Konsert Ambang Tahun Baru di Dataran Putrajaya yang dimeriahkan dengan kemunculan artis-artis terkenal.
Sambutan dianjurkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd bersama Kumpulan Ambank, yang turut disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
Di Melaka, acara sambutan diserikan dengan program keagamaan di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diketuai Mufti Negeri Datuk Wira Rashid Redza Md Saleh beserta bacaan Yasin dan tahlil.
Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut hadir bersama kira-kira 1,000 jemaah.
Di Johor Baharu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman bersama Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyertai ribuan masyarakat menyambutnya di Sutera Square.
Di George Town, 10,000 pengunjung membanjiri Padang Kota Lama bagi menyertai acara menghitung detik tahun baru.
Dan di Ipoh, sambutan diadakan di Stadium Indera Mulia yang disertai 5,000 pengunjung.
Topic Berkaitan
#Dataran Merdeka
#Ipoh
#Melaka
#Muhyiddin
#Putrajaya
#sambutan
#Tahun Baharu 2013
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan