awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketidaktentuan, kestabilan pekerjaan jadi kebimbangan rakyat - Kajian

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/04/2020
08:12 MYT
Ketidaktentuan, kestabilan pekerjaan jadi kebimbangan rakyat - Kajian
Menerusi kajian dilakukan Berkshire Media melibatkan 1.78 juta sampel data di media sosial menunjukkan, sejumlah 602,553 data membincangkan isu kerja dan pekerjaan. - Foto Pixabay
Ketidaktentuan orang ramai berkenaan kestabilan pekerjaan merekq menjadi antara perkara utama dibincangkan rakyat negara ini di media sosial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi kajian dilakukan Berkshire Media melibatkan 1.78 juta sampel data di media sosial menunjukkan, sejumlah 602,553 data membincangkan isu kerja dan pekerjaan.
Selain khuatir akan pendapatan yang terjejas, impak kewangan terutama melibatkan golongan pekerja kelompok B40 dalam industri perkhidmatan dan pembuatan menjadi sebahagian perkara terbesar yang dibincangkan.
“Perbandingan polisi melibatkan pelbagai syarikat, maklum balas pemotongan gaji antara syarikat dalam pelbagai sektor (B2B vs B2C) dan status (syarikat Bumiputera vs MNC).
“Maklum balas kepada kenyataan pakar ekonomi serta awam terhadap keupayaan pakej rangsangan ekonomi dalam memenuhi jurang pendapatan yang dialami oleh mereka yang kehilangan kerja,” memetik laporan itu.
Antara lain termasuk kekeliruan terhadap kelayakan bantuan melibatkan PKS.
Malah, data itu turut menunjukkan tindakan orang awam membidas pengusaha berprofil tinggi yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap kelangsungan perniagaan PKS mereka, sekaligus mendatangkan kemarahan dari netizen kerana sifat "ironis" keluhan mereka lantaran gaya hidup golongan ini yang mewah.
Ini merupakan antara senarai lain isu-isu berkaitan kerja dan pekerjaan yang dibincangkan pengguna media sosial di Malaysia:
  • Perbincangan untuk mencari kerja sambilan/sementara untuk menambah pendapatan dalam tempoh PKP.
  • Aktif berkongsi iklan peluang pekerjaan.
  • Perbualan yang sensitif/empati dalam menyokong perniagaan kecil rakyat Malaysia.
  • Perbincangan berkenaan kewajaran selebriti meminta dana/bantuan khas untuk diri mereka akibat pekerjaan mereka yang terjejas.
  • Aduan berkenaan syarikat yang yang tidak mahu memohon subsidi gaji untuk pekerja sebaliknya pekerja diarah untuk mengambil cuti tanpa gaji.
  • Berkongsi perbualan/panggilan video bersama rakan sekerja
  • Laporan berkenaan aplikasi mesyuarat dalam talian, Zoom sekaligus mencetus perbualan berkenaan keselamatan internet.
Kajian itu pada masa sama turut melakukan unjuran berkenaan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku melibatkan isu kerja dan pekerjaan di negara ini.
  • Syarikat sedang mengalami pra-krisis penurunan perniagaan ekoran kelembapan ekonomi global yang semakin meruncing.
  • Terlalu banyak ketidaktentuan dalam industri tertentu, pengangguran akan terus meningkat walaupun wujud pakej rangsangan.
  • Aliran tunai syarikat amat meruncing sekaligus mengurangkan ruang pejabat dan infrastruktur seiring polisi baharu yang menjadikan pekerjaan lebih fleksibel.
Merentasi lapan platform dan saluran seperti Facebook, Twitter, media arus perdana, komentar berita, blog, forum, komentar YouTube dan pelbagai lagi, data ini dikumpul sepanjang 20 hari bermula 16 Mac hingga 6 April lalu. - Sumber Berkshire Media
Topic Berkaitan
#Berkshire Media
#Bumiputera
#coronavirus
#COVID-19
#ekonomi
#kajian sosial media
#keselamatan
#koronavirus
#media sosial
#Pekerja
#pekerjaan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan