KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenal pasti tindakan strategik untuk mengukuhkan inisiatif dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan habitat Harimau Malaya yang merupakan spesies ikonik Malaysia dan menjadi simbol Jata Negara.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, inisiatif baharu yang lebih berimpak tinggi akan dilaksana termasuk rondaan penguatkuasaan dan pengawalan dalam kawasan habitat itu bagi membanteras penceroboh dan pemburu haram.
Beliau berkata kementerian juga sedang melaksanakan proses pindaan ke atas Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) supaya kadar hukuman dan penalti lebih berat dikenakan bagi kesalahan memburu spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya termasuk Harimau Malaya.
"Pindaan Akta 716 ini akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang. Selain itu, enakmen berkaitan kawasan perlindungan akan diperkukuh khususnya dalam aspek meningkatkan kadar penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar sebagai satu daripada pendekatan pencegahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut memaklumkan satu kumpulan pakar ditubuhkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) terdiri daripada pakar konservasi Harimau Malaya termasuk pengurusan Taman Negeri dan badan bukan kerajaan untuk memberi input berkaitan tindakan strategik bagi menangani krisis spesies itu.
Beliau berkata, sebanyak 5,287 bahagian anggota badan Harimau Malaya yang diseludup dirampas sepanjang tempoh 2011 hingga 2020.
Shamsul Anuar berkata pada 16 Jun lepas, Jemaah Menteri juga bersetuju dengan pelbagai tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya untuk tempoh pelaksanaan 10 tahun bermula 2021 hingga 2030.
Katanya, tindakan strategik lain termasuklah pemerkasaan aspek penguatkuasaan di peringkat serantau melalui platform Kumpulan Kerja ASEAN mengenai CITES dan Penguatkuasaan Hidupan Liar (AWG-CITES dan WE) serta memperkasa Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan bagi meningkatkan pengawasan penyakit zoonotik.
Beliau berkata, bagi menjamin kesinambungan kompleks hutan di Central Forest Spine (CFS), KeTSA akan mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk memulih, mengekal dan meningkatkan kesalinghubungan kawasan keliaran Harimau Malaya.
Beliau berkata Survei Harimau Kebangsaan Pertama yang dilaksanakan pada 2016 hingga 2020 di landskap hutan-hutan CFS Semenanjung mendapati populasi Harimau Malaya di habitat asal berada pada tahap amat membimbangkan.
"Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli perlu menerajui tindakan-tindakan luar biasa bagi memastikan negara tidak akan kehilangan spesies ikonik buat selama-lamanya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
Ingin hidup tanpa diganggu... Sebanyak 5,287 bahagian anggota badan Harimau Malaya yang diseludup dirampas sepanjang tempoh 2011 hingga 2020. - Bernama
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Seekor lagi harimau belang dilihat di Kampung Ulu Kuang, Ipoh - Perhilitan
Perhilitan Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kehadiran seekor lagi harimau belang di sekitar Kampung Ulu Kuang, Chemor.
Perhilitan pasang perangkap selepas terima laporan kemunculan harimau
Perhilitan Perak mengesahkan telah menerima laporan mengenai kemunculan seekor harimau belang berkeliaran di Jalan Baling-Kuala Kangsar.
Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan
Tindakan telah diambil untuk menghalau harimau berkenaan supaya masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut.
Shabaini pernah jumpa kesan tapak kaki harimau - Penduduk
Mangsa yang dikenali sebagai Shabaini mendakwa menemukan jejak itu di belakang batu besar yang terdapat di ladang berkenaan.
Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menyumpit berhampiran kawasan Kampung Sugi pada Selasa.
Orang Asli Pos Bihai dakwa harimau berkeliaran berhampiran rumah
Penduduk Kampung Tendrik Apek Asud, 39, berkata terbaharu beberapa tapak harimau ditemukan berhampiran rumah penduduk kampung itu, semalam.
Orang Asli nampak harimau berkeliaran berhampiran kampung di Gua Musang
Masyarakat Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5, mendakwa melihat kelibat harimau berkeliaran berhampiran kampung tersebut pada waktu malam sejak minggu lalu.
Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua
Kumpulan 14 anggota penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, APM serta Perhilitan terpaksa bermalam di dalam hutan malam tadi.
Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata Unit Harimau sedang melakukan pemantauan di Bukit Berekeh, Sungai Siput, ketika ini.
Menggigil nampak 'pak belang' lintas jalan di Rembau
Seorang pekerja buruh binaan mendakwa ternampak harimau belang melintas jalan di Kampung Batu Putih berhampiran Sekolah Kebangsaan Chengkau di Rembau pada Isnin.