awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Audit Negara sedia audit penubuhan DEIG

Bernama
Bernama
05/09/2015
10:20 MYT
Ketua Audit Negara sedia audit penubuhan DEIG
AMBRIN: Kuasa telah diberikan kepada saya untuk buat pengauditan kepada akaun kerajaan negeri Selangor dan juga badan-badan berkanun di negeri Selangor. - Gambar Fail
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk menjalankan pengauditan terhadap penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), jika ia berada di bawah bidang kuasanya.
Ambrin berkata buat masa ini beliau sedang menyemak dan meneliti butiran berhubung penubuhan syarikat terbabit.
"Yang (DEIG) ini memang saya sedang ikuti perkembangan sebab saya kena semak balik kuasa-kuasa yang diberikan kepada ketua audit negara di negeri-negeri.
"Memang macam di negeri Selangor, kuasa telah diberikan kepada saya untuk buat pengauditan kepada akaun kerajaan negeri Selangor dan juga badan-badan berkanun di negeri Selangor.
"Kita juga buat pengauditan pada anak-anak syarikat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.
BACA: 'Azmin disaran panggil Ketua Audit Negara' - Reezal Merican
BACA: Penubuhan DEIG diketahui semua ADUN, tidak patut timbul keraguan - Azmin
BACA: Kerajaan negeri Selangor perlu beri penjelasan DEIG kepada rakyat - Hishammuddin
Dalam upacara sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas itu menyaksikan 162 orang menerima pingat dan darjah kebesaran masing-masing termasuk Ambrin.
Beliau menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri. Lima lagi turut dianugerahkan darjah kebesaran yang sama.
Sebanyak 1,275 orang telah disenaraikan menerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan negeri.
Ditanya tempoh yang akan diambil pihaknya menjalankan proses audit, Ambrin berkata beliau sedang menyemak kedudukan dari segi undang-undang yang dibenarkan di bawah Akta Audit dan menurut beliau ada proses yang perlu dipatuhi.
"Misalannya kalau pengauditan syarikat biasanya kita kena gazet dulu dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (mengenai) mana-mana syarikat kerajaan yang nak diaudit oleh ketua audit negara. Kita dalam proses untuk mengenal pasti, kita ikut prosedur," katanya.
DEIG merupakan entiti yang ditubuhkan pada Disember lepas di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi menguruskan sektor pelaburan, aset dan perniagaan anak-anak syarikat kerajaan negeri itu.
Bagaimanapun, beberapa anggota Dewan Undangan Negeri Selangor termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang dikatakan akan mengambil alih peranan MBI.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ambrin Buang
#Azmin Ali
#DEIG
#Dewan Undangan Negeri
#Ketua Audit Negara
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan