awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Alor Gajah bebas tahanan reman

Bernama
Bernama
31/05/2017
07:46 MYT
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Alor Gajah bebas tahanan reman
Sejak 16 Mei, seramai 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis ditahan dalam operasi SPRM bagi menyiasat kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang dari pengusaha pusat judi dan rumah urut haram. - Gambar fail
Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan pegawai polis berpangkat ASP selepas direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan ketua jabatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka itu dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000.
Sejak 16 Mei, seramai 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis ditahan dalam operasi SPRM bagi menyiasat kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang dari pengusaha pusat judi dan rumah urut haram di Melaka.
Pembebasan pegawai polis berumur 51 tahun itu hari ini menjadikan kesemua sembilan pegawai dan anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan SPRM dibebaskan.
Sebelum ini, tujuh pegawai dan anggota polis termasuk dua ketua polis daerah dibebaskan minggu lepas dan seorang polis berpangkat DSP dibebaskan pada Isnin.
Dari empat orang awam yang ditahan berkaitan kes tersebut, seorang pemandu van dibebaskan semalam.
Sementara itu, tempoh reman tiga orang awam yang turut dikaitkan dengan kes berkenaan disambung dua hari lagi mulai esok selepas ditahan reman sejak Ahad lepas.
Mereka disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#polis
#Putrajaya
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan