awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Cabang PKR Bahagian Beaufort meninggal dunia

Bernama
Bernama
20/04/2019
15:40 MYT
Ketua Cabang PKR Bahagian Beaufort meninggal dunia
Allahyarham Muali meninggalkan seorang isteri dan enam cahaya mata.
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Beaufort Muali Acing, 56, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 malam tadi di Hospital Likas, di sini.
Menurut Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Bahagian Beaufort, Razali Jualin ketika dihubungi berkata Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh di kediamannya di Sepanggar, sebelum dibawa ke Hospital Likas.
"Jenazah telah dibawa ke kampung halamannya di Kampung Klias, Beaufort malam ini, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Klias," katanya.
Razali berkata kali terakhir dia berhubung dengan Allahyarham kira-kira jam 4 petang tadi, sebelum menerima berita pemergiannya malam ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam cahaya mata.
Dalam pemilihan ketua cabang PKR tahun lalu, Muali menang dengan undian sebanyak 683 menewaskan Abdul Rahman Yakub dengan majoriti 39 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beaufort
#jenazah
#meninggal dunia
#Muali Acing
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Razali Jualin
#terjatuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan