awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Dewan Ulama Pas N.Sembilan Mohd Khairi Zainuddin meninggal dunia

Bernama
Bernama
20/12/2016
15:02 MYT
Ketua Dewan Ulama Pas N.Sembilan Mohd Khairi Zainuddin meninggal dunia
Allahyarham Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. - Foto Bernama
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Mohd Khairi Zainuddin, 45, meninggal dunia petang tadi dipercayai akibat serangan angin ahmar ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah agama di sini.
Ketua Penerangan PAS Negeri Abdul Karim Shahimi Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu berkata arwah meninggal dunia pada pukul 4.29 petang di sebuah klinik di Nilai.
"Arwah dikatakan tiba-tiba jatuh ketika sedang membuat tinjauan. Ini merupakan kali kedua arwah diserang angin ahmar dan terus menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Hj Said di sini, 9 pagi esok, kata Abdul Karim Shahimi.
Mohd Khairi berasal dari Jempol dan merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum di Ampangan.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Ianya satu kehilangan besar bagi parti. Kehilangan yang sangat dirasai oleh parti atas jasa dan pengorbanan beliau termasuk dalam bidang pendidikan," kata Tuan Ibrahim. -- Bernama
Topic Berkaitan
#angin ahmar
#Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan
#meninggal dunia
#Mohd Khairi Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan