awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Hakim Syarie negatif COVID-19

Bernama
Bernama
08/10/2020
03:58 MYT
Ketua Hakim Syarie negatif COVID-19
Sebagai langkah berjaga-jaga, Ketua Pengarah JKSM menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 pada 6 Okt di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar disahkan negatif COVID-19.
Unit Komunikasi Korporat JKSM dalam satu kenyataan lewat malam tadi, memaklumkan Mohd Na'im menjalani ujian berkenaan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif virus tersebut, Isnin lepas.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, Ketua Pengarah JKSM telah menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 pada 6 Okt di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya dan keputusan didapati negatif.
"Beliau sehingga hari ini juga dalam keadaan sihat dan tidak bergejala," menurut kenyataan itu.
Zulkifli menghadiri majlis perasmian dan penutup Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 anjuran JKSM yang turut dihadiri Mojd Na'im di Movenpick Hotel and Convention Centre, Sepang, Selangor pada 29 dan 30 Sept lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Na'im Mokhtar
#COVID-19
#negatif
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Ketua Hakim Syarie
#Jabatan Kehakiman Syariah
#JKSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan