KUALA LUMPUR: Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina hari ini, para pemimpin peringkat negeri berkongsi ucapan sempena perayaan itu dengan masing-masing berharap Tahun Arnab kali ini akan terus membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara.
Di PULAU PINANG, Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengalu-alukan kehadiran Tahun 'Water Rabbit' atau 'Arnab Air' dalam kitaran zodiak Cina dan berharap sifat semula jadi arnab iaitu kebijaksanaan, ketangkasan, kelincahan dan kepantasan menjadi pendorong rakyat untuk masa depan yang lebih baik.
Beliau juga berharap rakyat dan negeri itu dapat merealisasikan Visi Penang2030 ke arah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.
Chow berkata selaras dengan usaha pemulihan ekonomi negara dan kestabilan politik, tahun ini dijangka menjadi tahun yang menarik kepada pelbagai sektor termasuk industri pelancongan, pelaburan, pembangunan modal insan dan pelaksanaan projek-projek mega yang sebelum ini tertangguh.
"Umumnya, di Pulau Pinang, kita masih mengekalkan keharmonian dan prinsip demokrasi yang memberi kebebasan serta menjadi teras kepada keamanan negeri ini.
"Barisan kepimpinan kerajaan negeri akan terus berusaha bagi memastikan keamanan dan ketenteraman yang dikecapi selama ini terus kekal dipelihara," katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina di sini pada Sabtu.
Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berharap Tahun Arnab kali ini akan memberi tuah dalam usaha kerajaan negeri meningkatkan dan memperkasa pembangunan ekonomi negeri terutama sektor pelancongan.
"Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka yang memberikan sokongan terhadap usaha kerajaan ke arah mengekalkan perpaduan dan kerjasama rakyat.
"Raikanlah sambutan perayaan ini secara sederhana dan jaga kesihatan diri dan keluarga," katanya menerusi video yang dikongsikan menerusi akaun Facebook rasmi beliau.
Di PERAK, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan rakan-rakan pentadbiran kerajaan negeri turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina dan berharap agar rakyat dan negeri dilimpahkan kebahagiaan dan kemakmuran.
"Setelah tiga tahun menyambut Tahun Baharu Cina dalam suasana suram akibat pandemik COVID-19, sambutan tahun ini pasti kembali meriah dan ceria.
"Semoga tahun baharu ini akan mengeratkan lagi semangat perpaduan sesama kita serta melimpahkan lebih banyak kemakmuran kepada rakyat dan negeri Perak," katanya menerusi perkongsian video di akaun Facebook rasminya.
Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 22 dan 23 Jan ini.
Dalam kalendar Cina, terdapat 12 haiwan mewakili zodiak pada setiap tahun dan tahun ini merupakan giliran arnab.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023
Dalam kalendar Cina, terdapat 12 haiwan mewakili zodiak pada setiap tahun dan tahun ini merupakan giliran arnab. - Foto BERNAMA
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.