awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Polis Johor nafi bersara susulan video tular

Bernama
Bernama
09/11/2024
01:30 MYT
Ketua Polis Johor nafi bersara susulan video tular
Ketua Polis Johor, M Kumar nafi akan bersara seperti yang ditularkan menerusi video di media sosial. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, CP Datuk M Kumar menafikan akan bersara seperti yang ditularkan menerusi video di media sosial.
Beliau berkata, penyebaran berita palsu itu sesuatu yang serius dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam menyebarkan maklumat tidak benar mengikut penguatkuasaan undang-undang.
Kumar berkata, video tular di TikTok berkaitan persaraannya adalah tidak benar serta tidak berasas, kerana beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri itu terjaga.
“Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia hanya diumumkan melalui saluran rasmi agensi itu.
Terdahulu, tular video memaparkan Kumar menghadiri majlis bagi meraikan pesara dan bakal pesara di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah, di negeri Johor. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua polis johor
#M Kumar
#Ketua Polis Johor nafi bersara
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan