awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: ADUN tunggal pembangkang ikrar beri kerjasama baik demi rakyat
Banjir di Terengganu semakin pulih
Zelenskyy bertemu PM Kanada, terima bantuan tambahan AS$1.83 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua polis maut tertusuk taji ayam sabung

Agensi
Agensi
28/10/2020
09:05 MYT
Ketua polis maut tertusuk taji ayam sabung
Aktiviti sabung ayam merupakan sukan yang popular di kepulauan itu dengan pertaruhan wang dijadikan sebagai habuan. - Gambar Hiasan
KETUA polis bandar San Jose, Filipina maut ketika melakukan satu serbuan ke atas sebuah sindiket judi ayam sabung selepas pisau taji salah seekor ayam terbabit tertusuk arteri femoralnya.
Lapor media tempatan, insiden ngeri tersebut berlaku di wilayah Samar Utara apabila mangsa, Leftenan Christian Bolok sedang mengangkat seekor ayam sabung untuk mengumpul bahan bukti di tempat kejadian.
Ketua Polis Wilayah Kolonel Arnel Apud dilaporkan berkata pisau taji itu terkena paha kiri Bolok dan dia mengalami pendarahan sehingga menyebabkan kematian.
“Ia satu insiden yang malang dan saya tiada kata-kata untuk menjelaskan nasib buruk ini.
“Saya tidak dapat percaya apabila menerima laporan mengenai insiden itu.
“Sepanjang tempoh 25 tahun saya berkhidmat, ini merupakan kali pertama insiden sebegini terjadi dan saya kehilangan seorang pegawai disebabkan pisau taji ayam,” kata Apud.
Tiga suspek ditahan manakala dua ekor ayam sabung bersama dua set pisau taji dirampas dalam serbuan di bandar San Jose itu.
Aktiviti sabung ayam merupakan sukan yang popular di kepulauan itu dengan pertaruhan wang dijadikan sebagai habuan.
Susulan penularan pandemik COVID-19, sukan itu bersama-sama beberapa sukan dan acara kebudayaan yang lain diharamkan.
Ia bagi mengelakkan orang ramai daripada berkumpul di satu tempat dan menyebarkan wabak berkenaan.
Topic Berkaitan
#ayam sabung
#arteri femoral
#Christian Bolok
#pisau taji
#bahan bukti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan