KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi yang meningkat 25.7 peratus kepada RM821.5 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2021 berbanding RM653.3 juta pada tahun sebelumnya.
Prestasi itu didorong oleh peningkatan keuntungan operasi walaupun mencatat kerugian bersih lebih besar akibat rosot nilai instrumen kewangan dalam tahun semasa tersebut, demikian menurut syarikat utiliti negara itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.
Hasil bagi suku kedua itu turut meningkat 14.2 peratus kepada RM12.44 bilion berikutan peningkatan penggunaan tenaga elektrik melibatkan pelanggan komersial dan industri apabila perniagaan tertentu dibenarkan beroperasi berbanding penutupan penuh ekonomi akibat pandemik COVID-19 dalam suku sebelumnya.
Berikutan itu, keuntungan operasinya telah meningkat kepada RM2.12 bilion daripada RM1.82 bilion.
Selain itu, keuntungan bersih TNB bagi separuh pertama 2021 melonjak kepada RM1.78 bilion daripada RM1.37 bilion manakala perolehan hasil meningkat kepada RM23.91 bilion berbanding RM22.54 bilion pada tahun lepas.
TNB menyifatkan pertumbuhan itu dipacu terutamanya oleh peningkatan dalam permintaan domestik dan kekukuhan prestasi eksport yang berterusan.
Keadaan itu konsisten dengan pertumbuhan permintaan sebanyak 4.4 peratus yang dicatatkan oleh TNB bagi separuh pertama tahun ini yang menunjukkan pemulihan dalam sektor industri.
"Bagaimanapun menjelang akhir suku kedua, kelembapan ekonomi telah berlaku berikutan penguatkuasaan semula langkah-langkah pencegahan lebih ketat di seluruh negara akibat peningkatan semula kes-kes COVID-19.
"Oleh itu, Bank Negara Malaysia telah meneliti semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara 3.0 peratus hingga 4.0 peratus bagi 2021 (berbanding unjuran sebelumnya antara 6.0 peratus dan 7.5 peratus)," katanya.
Menurut TNB, susulan perkembangan membabitkan pandemik, kumpulan tersebut akan terus mengambil langkah-langkah berhemat dalam keperluan operasi serta kewangan agar dapat memastikannya kekal berdaya tahan.
Dalam pada itu, syarikat tersebut turut mengumumkan dividen interim RM1.26 bilion atau 22.0 sen sesaham.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, TNB mengumumkan hala tuju kelestarian dengan aspirasi mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 yang berperanan sebagai langkah ke arah penyahkarbonan dan tenaga boleh diperbaharui (RE).
Hasrat itu dipacu menerusi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan sebanyak 35 peratus serta pengurangan kapasiti penjanaan arang batu sebanyak 50 peratus menjelang 2035.
"Hala tuju baharu ini adalah takrifan jelas matlamat kelestarian TNB yang bermula pada 2016 menerusi pelancaran pelan strategik 'Reimagining TNB.'
"Komitmen hari ini hanya memberi pemahaman lebih jelas terhadap hala tuju kelestarianTNB bagi tempoh 30 tahun akan datang," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din ketika mengumumkan hala tuju tersebut yang serentak dengan pengumuman prestasi kewangan Separuh Pertama Tahun Kewangan 2021 (TK2021) di sini, hari ini.
Selain itu, TNB turut komited dalam memastikan pendapatan daripada loji penjanaan arang batu tidak melebihi 25 peratus daripada keseluruhan pendapatan.
Malah, pada awal tahun ini, TNB berkongsi komitmennya untuk tidak lagi melabur dalam pembinaan loji arang batu di atas tapak baharu selepas Jimah East Power beroperasi pada 2019 manakala tugas loji-loji sedia dihentikan apabila perjanjian pembelian tenaga (PPA) tamat.
Menurut Baharin, sejajar usaha ke arah komitmen 2035 itu, TNB akan terus menambah baik kecekapan loji termal sedia ada dan meningkatkan portfolio penjanaan tenaga boleh diperbaharui.
"Sasaran kami adalah untuk mencapai 8,300MW RE menjelang 2025.
"Kami percaya titik lengkuk balas antara 2035 dan 2040 akan menentukan kadar trajektori sifar bersih kami. Justeru, ke arah tahap itu, TNB komited untuk membangunkan penyelesaian penyimpanan tenaga dan kini dalam perbincangan dengan kerajaan bagi pelaksanaannya sebagai satu langkah pertumbuhan RE.
"TNB juga komited untuk memacu pelaburan dalam teknologi hijau baharu seperti hidrogen hijau serta pemerangkapan dan penggunaan karbon apabila ia berdaya maju secara ekonomi," kata beliau.
Pada masa sama, TNB kekal komited terhadap agenda hijau kerajaan serta komitmen Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 berbanding garis dasar pada 2005. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatat keuntungan bersih lebih tinggi yang meningkat 25.7 peratus kepada RM821.5 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2021 berbanding RM653.3 juta pada tahun sebelumnya. - Gambar fail
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Alor Setar, Sik
TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang, Kuala Terengganu
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.
TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.
Banjir: 11 pencawang elektrik di Kelantan dihentikan bekalan elektrik
Sebanyak 11 pencawang elektrik dihentikan bekalan elektrik setakat malam ini ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah.