LABUAN: Kontraktor tempatan yang memiliki keupayaan kewangan dan operasi yang baik akan diberi keutamaan untuk kontrak-kontrak kerajaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Katanya ia penting kerana kontraktor tempatan lebih mahir dan memahami selok belok mengenai pembekalan bahan pembinaan serta harga.
Beliau memberi contoh projek-projek di pulau Labuan membabitkan bahan pembinaan yang perlu dibawa dari tanah besar Sabah.
"Apabila bahan penting tidak tersedia di pulau itu, kontraktor terpaksa mendapatkannya dari pelbagai tempat di Sabah, sekali gus meningkatkan kos. Akibatnya, perbelanjaan projek di Labuan dilaporkan 30 peratus lebih tinggi berbanding negeri lain.
"Dengan memberikan keutamaan kepada kontraktor tempatan yang mempunyai keupayaan dari segi operasi dan kewangan yang stabil di samping rekod prestasi baik, kita bukan sahaja menyokong kelestarian mereka, malah turut menyumbang kepada ekonomi tempatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Projek Menaik Taraf Ruang Sedia Ada kepada Farmasi Steril di Hospital Labuan hari ini.
Pengarah Jabatan Kerja Raya Labuan Mohd Faizul Ali Hanapiah yang senada dengan saranan itu, turut mengetengahkan beberapa cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan projek-projek kerajaan di Labuan.
"Jumlah projek-projek di Labuan agak kecil disebabkan cabaran-cabaran ini, dan tempoh penyiapannya sering terlewat daripada jadual," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa beberapa projek telah diberi pertimbangan untuk lanjutan tempoh penyediaan disebabkan oleh pelbagai halangan dalam mendapatkan bahan-bahan binaan seperti peralatan konkrit dan simen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan sempena lawatan kerja beliau di JKR Wilayah Persekutuan Labuan hari ini. - Foto Bernama
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Keutamaan kepada kontraktor tempatan dalam kontrak kerajaan - Ahmad Maslan
Kontraktor tempatan yang memiliki keupayaan kewangan dan operasi yang baik akan diberi keutamaan untuk kontrak-kontrak kerajaan.