Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberikan takrifan baru mengenai orang Melayu semasa membuka ucapan dasarnya pada perhimpunan sayap parti itu.
Beliau menggariskan secara umum sifat dan peribadi orang Melayu dahulu dan sekarang, dan mengutarakan pemikiran progresif untuk meneroka masa depan.
Melayu itu kalau merantau sampai ke Deli
Kalau berperang sampai ke rawan
Kalau mempertahan putih sumsum tulang
Kalau menjajah langsung jadi pahlawan
Dari Riau ke Selat Melaka
Dari Palembang ke Tanah Jawa.
Melayu baru bila berfikir jadi Dr. Maza
Bila berseni indie, jadi Wani Ardy
Bila bikin muzik jadi Yuna
Bila menyanyi dengan sopan... jadilah Siti Nurhaliza
Melayu itu halus
Bila marah menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Jangan lupa tempelak Usman Awang
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tapi itu Melayu yang dulu
Melayu sekarang melanggar pantang
Kadang tersadung adat dan sopan
Menata merdeka menonggak wawasan
Melayu hari ini Melayu cemerlang
Gah bak helang menyongsong awan
Minda progresif menakhoda masa depan
Jadi obor menyuluh zaman.
Beliau menggariskan secara umum sifat dan peribadi orang Melayu dahulu dan sekarang, dan mengutarakan pemikiran progresif untuk meneroka masa depan.
Melayu itu kalau merantau sampai ke Deli
Kalau berperang sampai ke rawan
Kalau mempertahan putih sumsum tulang
Kalau menjajah langsung jadi pahlawan
Dari Riau ke Selat Melaka
Dari Palembang ke Tanah Jawa.
Melayu baru bila berfikir jadi Dr. Maza
Bila berseni indie, jadi Wani Ardy
Bila bikin muzik jadi Yuna
Bila menyanyi dengan sopan... jadilah Siti Nurhaliza
Melayu itu halus
Bila marah menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Jangan lupa tempelak Usman Awang
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tapi itu Melayu yang dulu
Melayu sekarang melanggar pantang
Kadang tersadung adat dan sopan
Menata merdeka menonggak wawasan
Melayu hari ini Melayu cemerlang
Gah bak helang menyongsong awan
Minda progresif menakhoda masa depan
Jadi obor menyuluh zaman.