awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy buat lawatan mengejut di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2021
05:52 MYT
Khairy buat lawatan mengejut di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban
Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan oleh petugas hospital, Khairy dilihat bertanya tentang situasi menangani COVID-19 di hospital berkenaan. - Foto Twitter@Khairykj
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini meluangkan masa bagi mengadakan lawatan mengejut di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Menurut perkongsian salah seorang petugas HTJ, Ahli Parlimen Rembau itu difahamkan meluangkan hampir satu jam di hospital berkenaan.
Beliau difahamkan melawat beberapa wad dan sempat berbual dengan para doktor, terutama doktor-doktor kontrak bagi mendengar aduan mereka.
[TERKINI] Khairy lakukan lawatan mengejut ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban
Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan oleh petugas hospital, Khairy dilihat bertanya tentang situasi menangani COVID-19 di hospital berkenaan.
Menurut akaun rasmi Khairy di Twitter, beliau turut mengadakan lawatan ke Pusat Perubatan Mawar, sebuah hospital swasta di Seremban.
Visited Mawar Medical Centre in Seremban. @KKMPutrajaya supports a robust private healthcare sector in tandem with our public healthcare facilities. Private hospitals have stepped up during the pandemic by taking outsourced surgical cases from public hospitals. pic.twitter.com/Za9IoTmjl6
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 9, 2021
Khairy sebelum ini turut pernah mengadakan lawatan mengejut di Hospital Kajang pada September lalu.
Lawatan tersebut menjadi topik perbualan netizen yang rata-rata memuji tindakannya untuk meninjau sendiri keadaan di hospital tanpa protokol dan sambutan besar-besaran.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#lawatan
#Hospital Tuanku Jaafar
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan