awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
27/10/2021
02:27 MYT
Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75
Khairy menerusi ciapannya juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara anggota Rantau Pasifik Barat atas pelantikan dan pencalonan Malaysia. - Foto KKM
KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan dihadiri 194 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva pada Mei 2022.
WHO Malaysia, Brunei dan Singapura dalam satu perkongsian ringkas menerusi Twitter memaklumkan, pelantikan tersebut dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke-72 (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Himeji, Jepun.
Dalam pada itu, Khairy menerusi ciapannya juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara anggota Rantau Pasifik Barat atas pelantikan dan pencalonan Malaysia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden bagi WHA 2022.
Ujarnya, pihaknya akan membawa suara Pasifik Barat ke persada perhimpunan dunia terutamanya berkenaan prinsip ekuiti, solidariti dan akauntabiliti.
Minister of Health Khairy Jamaluddin has been unanimously elected by WHO Western Pacific Member States as the Vice President of the 75th World Health Assembly attended by 194 WHO Member States in Geneva in May 2022. #RCM72 https://t.co/SfqNd1OCwW
— WHO Malaysia, Brunei Darussalam & Singapore (@WHOMalaysia) October 27, 2021
Thank you to all the @WHOWPRO countries for unanimously nominating Malaysia as Vice President for the World Health Assembly 2022. We will bring the voice of the Western Pacific to the world assembly especially on the principles of equity, solidarity and accountability. https://t.co/JxPAWAb00x
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 27, 2021
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menzahirkan penghormatan atas pelantikan tersebut.
Jelasnya, pihaknya akan mengambil peluang tersebut untuk meneruskan peluang yang lebih besar dalam mendepani krisis kesihatan global.
Kongsinya lagi menerusi ciapan di Twitter, Malaysia juga berkhidmat sebagai lembaga eksekutif WHO bermula 2021 hingga 2024.
It is indeed a great honour for Malaysia to be accorded with the Vice Presidency of WHA and we will take this opportunity to pursue a bigger role in the global health. Coincidentally Malaysia is also serving in the executive board of World Health Organisation from 2021 to 2024. pic.twitter.com/YBpeBhgryn
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 27, 2021
Untuk rekod, WHA dianggotai 194 negara dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi WHO.
Malaysia diberi pengiktirafan yang sewajarnya berdasarkan peranan aktif menerusi platform kesihatan global dalam WHA ke-69 pada 2015 dan sekali lagi pada WHA ke-75 akan datang.
Sumber Facebook drnoorhisham
Khairy ketika ini mengetuai delegasi Malaysia ke WPRCM ke-72 yang bermula Isnin lalu hingga Jumaat ini. Malaysia pernah dilantik oleh negara anggota Rantau Pasifik Barat sebagai Naib Presiden WHA ke-69 pada 2015. Menteri Kesihatan ketika itu adalah Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#WHO
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Naib Presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan