awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy gesa Ahli Parlimen UMNO nyatakan pendirian

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/10/2020
07:55 MYT
Khairy gesa Ahli Parlimen UMNO nyatakan pendirian
Justeru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berharap Ahli Parlimen UMNO akan menyatakan pendirian mereka secara jelas berhubung perkara itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa Ahli Parlimen UMNO supaya menyatakan pendirian mereka susulan surat mendakwa Presiden parti itu memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri baharu, tular di laman sosial.
Khairy dalam kemas kini di Instagram Story berkata, jika surat tersebut benar, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid langsung tidak memaklumkan kepada beliau berhubung perkara itu.
"Jika surat tersebut benar, saya mahu menyatakan secara tegas bahawa Presiden parti saya tidak bercakap bagi pihak saya.
"Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
"Saya harap ahli Parlimen UMNO yang lain akan menjelaskan kedudukan mereka. Mari kita lihat siapa yang mempunyai nombor (sokongan majoriti)," katanya dalam entri tersebut pada Sabtu.
Justeru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berharap Ahli Parlimen Umno akan menyatakan pendirian mereka secara jelas.
Justeru, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berharap Ahli Parlimen Umno akan menyatakan pendirian mereka secara jelas.
Terdahulu, satu surat bertarikh 11 Oktober, 2020, yang didakwa dihantar Ahmad Zahid sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, tular di laman sosial.
BACA: Sokong Anwar: Surat didakwa diutuskan Zahid kepada Agong mula tular
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam surat berkenaan berkata, sokongan tersebut turut didukung Ahli-ahli Parlimen UMNO.
Selain nama dan tandatangan Ahmad Zahid sebagai pengutus, surat tersebut turut dilihat mempunyai tandatangan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi akuan berkenaan.
Bagaimanapun, UMNO dalam kenyataan hari ini menafikan sekeras-kerasnya surat yang tular itu.
BACA: Sokong Anwar: UMNO harap rakyat tidak terpedaya dengan surat palsu
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Khairy Jamaluddin
#UMNO
#Anwar Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#surat tular
#Parlimen
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan