SHAH ALAM: “Ramai nak keluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi kita ingatkan simpan untuk hari pencen nanti,” kata bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurutnya, rakyat Malaysia perlu berpandangan jauh sebelum meminta pengeluaran KWSP buat kali ketiga.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan jika rakyat menyalahgunakan wang tersebut sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran seterusnya dibuat.
“Kita lihat sebelum ini, masa kerajaan benarkan pengeluaran, berapa ramai yang keluarkan wang tersebut dan tak guna betul-betul.
“Simpanan terbabit adalah bagi menjamin masa depan persaraan pencarum,” katanya ketika bertugas sebagai DJ dalam di sebuah saluran radio pada Isnin.
Beliau mengulas cadangan pemanggil yang meminta kerajaan hanya membenarkan individu pertama kali atau tidak pernah mengeluarkan simpanan tersebut.
Jelas Khairy, terdapat inisiatif boleh diusulkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang sedang kesusahan tanpa menjejaskan masa depan mereka.
“Kalau kita tak dapat bergantung kepada simpanan KWSP, maka ia terpulang kepada kerajaan. Banyak cara lain untuk bantu.
“Kerajaan perlu dengar rintihan rakyat, sekarang mereka tengah susah susulan inflasi, kenaikan barang dan sebagainya. Tanpa menjejaskan masa depan rakyat,” ujar beliau.
Pada Ahad, beliau memuat naik hantaran di InstaStory miliknya memaklumkan akan membincangkan mengenai topik hangat iaitu pengeluaran kali ketiga simpanan KWSP dan rata-rata netizen berpendapat pengeluaran itu perlu dilakukan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 20 2023

"Kita lihat sebelum ini, masa kerajaan benarkan pengeluaran, berapa ramai yang keluarkan wang tersebut dan tak guna betul-betul." - Fail/BERNAMA

Kadar pengangguran belia turun satu peratus pada suku pertama 2023
Kadar pengangguran golongan belia turun satu peratus kepada 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 11.1 peratus pada suku pertama tahun sebelumnya.

DUN Negeri Sembilan dibubar hujung Jun ini - MB
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Shuib, Watie nikah 23 Jun tanpa majlis resepsi, syukur dapat tajaan RM1.7 juta
Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah.

Tiga beranak bergaduh di tempat awam dihadapkan ke mahkamah
Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau keduanya sekali.

Bukan masa bersaing dengan bakat baharu, Siti Nurhaliza mahu fokus dekati masyarakat
Siti meletakkan sasaran mendekati masyarakat menerusi kerja-kerja amal, selain menghasilkan buah tangan terbaik untuk halwa telinga peminatnya.

Pertumbuhan ekonomi tinggi perlu dikekalkan, tangani jurang kemahiran tenaga kerja - Rafizi
Rafizi berkata bahawa "latihan semula dan pembangunan tenaga kerja juga perlu ditingkatkan ke skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini."

PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.

MySejahtera diserang 1.12 juta kali, tiada ketirisan data - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada ketirisan data direkodkan melibatkan pengguna aplikasi MySejahtera.

RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun ini - Dr Zaliha
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini.

Khairy persoal keputusan Tok Mat tidak berucap di Dialog Shangri-La
Khairy Jamaluddin mempersoalkan keputusan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak berucap di Dialog Shangri-La.

KJ pertimbang tubuh parti baharu
Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa PAU 202

Perlu lebih masa sebelum sertai mana-mana parti politik - KJ
Khairy menjelaskan, sekiranya mahu menyertai mana-mana parti politik, beliau akan memilih dengan rela hati kerana ia mewakili pendiriannya.

'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.

Penyertaan KJ nilai tambah kepada parti - MPT Bersatu
Bekas Menteri Kesihatan itu disifatkan sebagai layak untuk mendapat tempat dalam barisan MPT mana-mana parti.

Annuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO isi borang sertai Pas - Takiyuddin
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai Pas.

Khairy bukan lagi ahli UMNO, hak dia ke mana pun - Ahmad Zahid
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bebas untuk menyertai mana-mana parti, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.