Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Khamis menang dalam rayuannya untuk meminda pernyataan pembelaannya terhadap kes saman fitnah bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya untuk memasukkan sabitan kes liwat kedua Anwar.
Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Seri Zakaria Sam membenarkan rayuan Khairy untuk mengakaskan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.
Hakim Zakaria berkata selepas mendengar hujahan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam bela Khairy dan peguam bela Anwar, J. Leela, mahkamah cenderung untuk bersetuju dengan hujahan Muhammad Shafee.
Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Zamani A. Rahim memerintahkan Anwar membayar kos RM15,000 kepada Khairy untuk prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Hakim Zakaria memerintahkan Khairy untuk memfailkan pindaan pernyataan pembelaanya dalam tempoh 14 hari.
Beliau juga membenarkan permohonan Muhammad Shafee supaya perbicaraan bagi saman fitnah didengar hakim Mahkamah Tinggi yang lain.
Bagaimanapun, Hakim Zakaria, tidak membenarkan permohonan lisan yang dibuat Leela untuk menangguhkan perbicaraan bagi perkara itu yang dijadual bermula 7 Mac sementara menunggu permohonan bagi memfailkan permohonan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan namun memaklumkan Leela untuk membuat permohonan itu di Mahkamah Tinggi.
Perkara itu dijadual untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi minggu depan.
Muhammad Shafee memberitahu mahkamah beliau tidak membantah permohonan Leela supaya perbicaraan ditangguhkan, dibuat di Mahkamah Tinggi.
Khairy dibenarkan meminda pernyataan pembelaannya untuk memasukkan penghakiman Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan kes Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau juga memohon meminda pembelaannya untuk memasukkan maksud fitnah yang lebih kecil dalam kenyataan yang didakwa diucapkan Khairy terhadap Anwar.
Pada 7 Mac, 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb, 2008.
Khairy, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Okt, 2010, berkata beliau bergantung kepada pembelaan berdasarkan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
Bernama
Fri Feb 12 2016
Khairy (kiri) dibenarkan meminda pernyataan pembelaannya untuk memasukkan penghakiman Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan kes Anwar (kanan) meliwat Mohd Saiful Bukhari. - Gambar fail
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Khairy menang dalam rayuan pinda pernyataan pembelaan kes saman fitnah
Khairy Jamaluddin menang dalam rayuannya untuk meminda pernyataan pembelaannya terhadap kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.