PUTRAJAYA:Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bersedia memberi taklimat terperinci berkenaan kos vaksin COVID-19 kepada  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dalam masa terdekat ini.

Namun, anggota PAC diminta patuh pada syarat kerahsiaan (non-disclosure agreement).

Beliau berkata demikian ketika sidang media perkembangan perolehan vaksin COVID-19 di Putrajaya pada Rabu. 

"Saya bersedia dan akan berkongsi maklumat berhubung kos vaksin dan syarat rundingan. 

"Tidak ada satu pun maklumat yang boleh dikongsi sama sekali atas sebab syarat kerahsiaan dengan syarikat-syarikat farmaseutikal," kata Khairy. 


Beliau turut menyuarakan kesediaannya untuk bersikap telus terhadap PAC sehubungan isu-isu berbangkit berhubung kos pembelian vaksin untuk rakyat Malaysia. 



"Bukan sahaja Malaysia yang menandatangani syarat kerahsiaan berikut. Kesemua negara-negara yang membuat rundingan kos pembelian vaksin juga terikat dengan perjanjian itu.