awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy ucap takziah terhadap keluarga peserta FIT Malaysia yang meninggal dunia

Shuhami Zabri
Shuhami Zabri
20/09/2015
13:41 MYT
Khairy ucap takziah terhadap keluarga peserta FIT Malaysia yang meninggal dunia
Menurut Khairy, laporan post mortem Hospital Kepala Batas membuat kesimpulan mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung. - Foto Astro AWANI
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Kee Ing Lam yang meninggal dunia ketika menyertai acara kayuhan FIT Malaysia Pulau Pinang.
Menurut Khairy, laporan post mortem Hospital Kepala Batas membuat kesimpulan mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Jelasnya, mendiang mempunyai rekod kesihatan berkenaan jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung sebelum ini.
Kee, 55 tahun dari Taman Teluk Air Tawar rebah kira-kira 9.45 pagi selepas menyertai kayuhan empat kilometer dari tempat pelepasan.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kepala Batas sejurus kejadian itu dan disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kepala Batas.
Kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana serangan jantung.
Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina antara yang berada di hospital serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.
Topic Berkaitan
#FitMalatsia
#George Town
#Kee Ing Lam
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan