Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini berazam untuk terus mengukuhkan UMNO supaya parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) itu kekal relevan sepanjang masa.
Mohamed Khalid yang juga Menteri Besar Johor berkata beliau menerima jawatan itu dengan penuh keinsafan memandangkan tanggungjawab itu merupakan amanah yang sangat berat dan mencabar.
"Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan parti, Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO.
"Kita perlu mengutama dan mengukuhkan kedudukan UMNO sebagai teras kepada BN ketika ini, lebih-lebih lagi kita baru sahaja melalui pilihan raya umum ke-13 lepas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong memasak bubur lambuk anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan dan program kepolisan masyarakat Taman Sierra Perdana, di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, buat permulaan beliau akan mengemukakan pandangan bagi memperkukhkan parti kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadiri majlis berbuka puasa UMNO Johor dan kerajaan negeri, minggu depan.
Selain berterima kasih kepada Datuk Abdul Ghani Othman atas jasa dan kejayaan menerajui UMNO Johor dengan baik, Mohamed Khalid turut meminta agar semua pihak terutamanya akar umbi agar memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi dalam merealisasikan matlamat pengukuhan parti.
Semalam, Najib mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baharu bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.
Jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor kekal disandang Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Bernama
Sat Jul 27 2013
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Khaled Nordin berazam kukuhkan UMNO supaya kekal relevan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini berazam untuk terus mengukuhkan UMNO supaya parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) itu kekal relevan sepanjang masa.