"Selepas 50 tahun, kita masih mengalami krisis identiti," kata aktivis teater, Khalid Salleh ketika ditanya makna Hari Malaysia.
Pelakon yang memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 menerusi filem Jogho itu berkata, sepatutnya perkara itu tidak lagi berlaku selepas 50 tahun Malaysia dibentuk.
Katanya, tidak ada rasa empunya atau perasaan cinta terhadap negara dan bahasa menyebabkan selepas 50 tahun pembentukan Malaysia, krisis identiti masih dialami oleh rakyat negara ini.
Beliau nyata kecewa dengan apa yang berlaku kerana baginya, selepas 50 tahun dibentuk, Malaysia sepatutnya sudah mempunyai jatidirinya sendiri, baik rakyat atau pemerintah.
Mengambil contoh dari segi bahasa, Khalid menegaskan rakyat Malaysia seolah-olah lupa bahawa mendaulatkan bahasa Melayu sebenarnya terkandung dalam perlembagaan Malaysia.
"Sebagai rakyat, sepatutnya apa yang terkandung dalam perlembagaan negara itu perlu kita sama-sama pastikan supaya didaulatkan.
"Tetapi apa yang berlaku, saya dapat tahu ada kalangan korporat Melayu kalau bincang atau mesyuarat sesama mereka pun bercakap bahasa Inggeris.
"Ini penyakit sebenarnya, penyakit rasa tidak intelek kalau tidak bercakap bahasa Inggeris. Bukan salah belajar bahasa atau menguasai bahasa Inggeris, belajarlah banyak mana bahasa pun, bagus tetapi bahasa sendiri perlu kita daulatkan," katanya kepada Astro Awani ketika ditemubual sempena Hari Malaysia.
Mengulas lanjut, penulis buku Melayu Hilang Di Dunia ini menjelaskan, dari segi budaya juga, setelah 50 tahun dibentuk, masih terlalu banyak perlu disuntik kesedaran kepada rakyat negara ini untuk memahami budaya dan mengamalkan budaya yang dihormati.
"Kalau kita tengok, rakyat Jepun, kalau makan ais-krim, selagi tak jumpa tong sampah, plastik bungkus ais-krim itu mereka tidak buang merata-rata.
"Begitu juga kalau naik eskalator, kalau tidak tergesa-gesa, tanpa perlu kita maklum, mereka sudah faham, mereka akan berada di sebelah kiri kerana di sebelah kanan, mereka yang nak cepat akan guna.
"Itu semua kerana ada kesedaran, bukan kerana hambatan undang-undang, seperti di negara jiran kita yang kononnya rakyatnya jaga kebersihan tapi kalau datang sini (Malaysia), kita selalu dengar orang kata mereka ini buang sampah dari dalam kereta," katanya lagi.
Setelah 50 tahun Malaysia dibentuk, Khalid berkata sepatutnya rakyat ada rasa kasih atau rasa bertanggungjawab terhadap negara.
Selain rakyat, pihak berwajib juga perlu mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap negara kerana ia juga boleh menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati.
Katanya, pemerintah sepatutnya mempupuk kesedaran kepada rakyat supaya mereka mempunyai rasa kasih kepada negara dan mempunyai budaya dan identiti sendiri.
"Pemerintah bertanggungjawab terhadap rasa kasih rakyat kepada negara dan pemerintah juga perlu bertanggungjawab agar negara ini da rakyatnya mempunyai jati diri yang kuat," katanya lagi.
Khalid berpendapat, setiap mereka yang bergelar rakyat Malaysia perlu memahami sejarah bangsanya, sejarah negara dan juga sejarah perlembagaan negara.
Kerana dengan memahami sejarah, rakyat Malaysia tidak kira yang memegang kuasa atau rakyat biasa akan mempunyai jati diri dan tidak lagi tercari-cari apa bentuk jati diri dan budaya mereka.
Irwan Muhammad Zain
Fri Sep 13 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pak Samad: Selepas 50 tahun Malaysia, kita masih sering lupakan Sabah dan Sarawak
Itu tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia bukan hanya Semenanjung semata-mata tetapi merangkumi Sabah dan Sarawak, kata A Samad Said.
Khalid Salleh: Selepas 50 tahun Malaysia dibentuk, kita masih alami krisis identiti
Tidak ada rasa empunya atau perasaan cinta terhadap negara dan bahasa menyebabkan selepas 50 tahun pembentukan Malaysia, krisis identiti masih dialami oleh rakyat negara ini.