awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid Samad tidak dipukul seperti didakwa - Polis

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
14/03/2020
07:24 MYT
Khalid Samad tidak dipukul seperti didakwa - Polis
Khalid Samad tidak dipukul seperti yang didakwa oleh netizen di laman sosia. - Gambar fail
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad membuat laporan polis selepas diprovokasi oleh sekumpulan individu pada Jumaat.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 10.45 malam selepas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu selesai menghadiri perjumpaan bersama ahli-ahli di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan laporan yang dibuat pemimpin itu.
Menurut Abdul Rahim, Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak dipukul seperti yang didakwa oleh netizen di laman sosial.
Sehubungan itu, beliau meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden berkenaan.
Katanya, mangsa membuat laporan polis kerana berasa terancam dengan tindakan kumpulan berkenaan dan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.
Abdul Rahim, pasukannya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut.
Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah.
Sebelum ini, tular di laman sosial dakwaan kononnya Khalid dipukul dipercayai kerana menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Topic Berkaitan
#Khalid Samad
#Khalid Samad diserang
#Kuala Terengganu
#Menteri Wilayah Persekutuan
#Parti Amanah Negara
#Pengarah Komunikasi
#tidak dipukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan