awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu e-hailing cabul penumpang dibebaskan dengan jaminan polis, kes dirujuk D5 Bukit Aman
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid serah SKMM siasat individu gelar polis seperti 'anjing'

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2015
08:09 MYT
Khalid serah SKMM siasat individu gelar polis seperti 'anjing'
KHALID: Berhati-hatilah kita bila kita mahu menggelar orang lain itu dan ini kerana kita mungkin lebih teruk daripada orang terbabit. - Gambar fail
Polis menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat seorang individu yang didakwa menggelar polis sebagai ‘anjing’ di satu laman sosial milik peribadinya baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan menghina polis itu tidak seharusnya dilakukan kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat lapor Utusan Online.
“Berhati-hatilah bila kita mahu menggelar orang lain itu dan ini kerana kita mungkin lebih teruk daripada orang terbabit,” kata beliau dalam laporan yang sama.
Individu terbabit yang dipercayai seorang kakitangan sebuah syarikat televisyen swasta mendapat kecaman hebat orang ramai di media sosial mengenai kenyataannya itu.
Dia bagaimanapun di dalam sebuah blog telah memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan mengaku menulis dalam keadaan marah selepas kenderaannya dikatakan disaman pihak polis susulan ukuran plat keretanya yang dikatakan melanggar undang-undang.
Topic Berkaitan
#polis
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan