KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Hisham Hamdan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) baharunya, berkuat kuasa hari ini, 6 Mac, 2024.
Dalam satu kenyataan, dana kekayaan berdaulat negara itu berkata pelantikan Hisham membolehkan tumpuan yang lebih besar untuk membina keupayaan Khazanah sebagai institusi pelaburan dan mencipta kapasiti dan keupayaan baharu, terutamanya untuk mencapai matlamat penciptaan nilai dan impak syarikat.
Pengarah Urusan Khazanah Datuk Amirul Feisal Wan Zahir percaya pengalaman luas dan pengetahuan Hisham akan menjadi aset kepada usaha berterusan Khazanah dalam menyediakan organisasi untuk membina kapasiti yang diperlukan serta menginstitusikan pembangunan bakat.
"Ini, bersama-sama dengan strategi jangka panjang Memajukan Malaysia, akan membolehkan kami mengukuhkan kedudukan dalam menghadapi keadaan pasaran global yang mencabar," tambahnya.
Hisham, 57, menyertai Khazanah pada April 2011 daripada Sime Darby Bhd dan memegang dua ijazah dalam Kejuruteraan Kimia dan Pengurusan Industri dari Purdue University, Amerika Syarikat.
Beliau juga pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Hisham Hamdan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) baharunya, berkuat kuasa hari ini, 6 Mac, 2024. - Foto ihsan Khazanah Nasional Bhd
Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
13 maut kemalangan jalan raya di Peru
Nahas terbaru itu berlaku pada jam 6.30 pagi, waktu tempatan, membabitkan kenderaan milik sebuah syarikat pengangkutan.
Peniaga didenda RM300,000 simpan diesel tanpa lesen
Seorang peniaga peralatan ikan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyimpan barang kawalan diesel tanpa lesen sebanyak 96,542 liter tahun lepas.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.