IPOH: Pengesahan awal mendapati bahan bakar yang digunakan suspek kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar pada 10 Jan lepas, adalah daripada petrol.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pengesahan itu telah dibuat pihak bomba pada 18 Jan lepas, dan pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak.
"Surat laporan rasmi akan dihantar kepada pihak polis dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata 11 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda.
"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran ini boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan polis," katanya.
Pada 12 Jan lepas, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an di Shah Alam, Selangor, kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ngeh dan merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut.
Dalam kejadian awal pagi 10 Jan, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Pengesahan itu telah dibuat pihak bomba, dan polis masih menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak. - Gambar fail
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
Khianat api di kediaman Ngeh: Suspek dipercayai guna petrol
Pengesahan itu telah dibuat pihak bomba, dan polis masih menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak.
Lelaki khianat api di rumah Ahli Parlimen Beruas dituduh esok
Sebelum ini, lelaki yang ditahan di Shah Alam, Selangor pada 12 Jan lepas, ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.
Laporan siasatan kebakaran kediaman Ngeh dijangka diketahui minggu ini
Laporan hasil siasatan kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham pada 10 Jan lalu dijangka siap sepenuhnya minggu ini.