awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khianat api rumah MP Beruas: Lelaki ditahan negatif dadah

Bernama
Bernama
14/01/2024
10:36 MYT
Khianat api rumah MP Beruas: Lelaki ditahan negatif dadah
Dalam kejadian awal pagi Rabu, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan 'molotov cocktail' menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. - Gambar fail
IPOH: Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, disahkan negatif dadah.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata keputusan itu diperoleh hasil saringan air kencing terhadap lelaki berkenaan yang ditahan pada Jumaat lepas.
Pada Jumaat, Mohd Yusri dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor kira-kira 4 pagi dan direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.
Beliau berkata polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Semalam, Mohd Yusri turut mengesahkan lelaki berusia 30-an itu bukan ahli mana-mana parti politik dan polis masih menyiasat motif kejadian.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan 'molotov cocktail' menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Beruas
#Ngeh Koo Ham
#identiti suspek
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan