awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat pengerusi, ahli lembaga pengarah lantikan politik tamat serta-merta - Laporan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
15/12/2022
09:29 MYT
Khidmat pengerusi, ahli lembaga pengarah lantikan politik tamat serta-merta - Laporan
Beberapa media hari ini melaporkan, perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya pada Rabu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesemua perkhidmatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah di bawah kuota lantikan politik akan ditamatkan dengan serta-merta.
Beberapa media hari ini melaporkan, perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya pada Rabu.
Sinar Harian dalam laporannya berkata, perkara itu turut disahkan oleh seorang sumber kepada akhbar terbabit selepas tularnya surat tentang penamatan perkhidmatan membabitkan lantikan politik di media sosial.
“Menerusi surat berkenaan, penamatan itu membabitkan jawatan bagi badan berkanun persekutuan, syarikat menteri kewangan (diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
“Surat itu ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan ditujukan kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian,” menurut laporan itu lagi.
Laporan itu menyebut, surat itu turut meminta kerjasama semua Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk melaksanakan perkara tersebut.
Topic Berkaitan
#lantikan politik
#Ahi Lembaga Pengarah
#ditamatkan perkhidmatan
#Kerajaan Perpaduan
#PM10
#Tumpuan PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan