DREBAR
Kia Red Cube kedua Lembah Klang dibuka



Kia Red Cube terbaru ini terletak di Lot 605, Batu 20, Jalan Rawang, 48000 Rawang, Selangor.
Sementara itu, kemeriahan acara tersebut ditambah lagi dengan penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan Kia Go-Xtra Campaign 2014.
Ia diadakan untuk merai pelanggan-pelanggan setia Kia yang memberi kenderaan mereka penjagaan yang sepatutnya di pusat servis Kia yang rasmi. Mereka yang telah menghantar kereta untuk diservis diantara Jun 9 dan Ogos 15 layak untuk menyertai dengan menghantar borang penyertaan. Kemudian, 50 peserta dipilih di mana masing-masing perlu menghantar gambar paling kreatif mereka bersama kereta mereka kepada Naza Kia Malaysia.

Tiga pemenang utama mendapat tiket perjalanan untuk 2 orang ke Seoul, Korea Selatan; dengan semua kos termasuk penginapan ditanggung sepenuhnya selama 5 hari 4 malam. Kia turut juga memberi duit poket dan voucer. Pemenang-pemenang bertuah adalah Sharifah Hanita Syed Ahmad, Phang Tien Fon dan Mohamad Munir Bin Tajudin.
Perjalanan mereka pada September lepas termasuk peluang untuk melawat pusat R&D dan kilang pemasangan Kia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami