awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KIIC 2023 sasar bantu atasi cabaran keterjaminan makanan

Bernama
Bernama
25/07/2023
20:30 MYT
KIIC 2023 sasar bantu atasi cabaran keterjaminan makanan
AMIRUL FEISAL: Melalui cabaran ini, kami harap dapat menawarkan sokongan yang diperlukan dan sebuah platform berjangkauan luas bagi menarik modal untuk menjana penyelesaian yang inovatif dan mampan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menyeru perniagaan Malaysia yang aktif menangani masalah yang timbul daripada kesan perubahan iklim terhadap sektor pertanian makanan untuk menyertai Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023.
Bertemakan, "Menangani Cabaran Iklim demi Keterjaminan Makanan di Malaysia", KIIC 2023 dianjurkan di bawah inisiatif Dana Impak Khazanah, dan aplikasi dalam talian untuk menyertai cabaran itu dibuka mulai semalam hingga 4 Sept 2023.
Khazanah berkata tema tahun ini diperoleh daripada kebimbangan yang semakin meningkat tentang perubahan iklim dan potensi ancamannya terhadap keterjaminan makanan, kerana musim kemarau yang berpanjangan, gelombang panas, hujan lebat dan banjir telah pun merosakkan pengeluaran makanan di seluruh benua, yang membawa kepada kemerosotan hasil tanaman dan kemusnahan stok ternakan dan makanan.
Dalam satu kenyataan semalam, dana negara itu berkata KIIC ialah cabaran perniagaan yang sejajar dengan objektif penciptaan nilai Dana Impak Khazanah, bertujuan untuk menangani permasalahan yang meluas dan memacu daya tahan sosio-ekonomi dan potensi pertumbuhan untuk negara.
"Oleh kerana perubahan iklim kian mengancam keterjaminan makanan negara, kami berharap melalui cabaran ini, kami dapat menawarkan sokongan yang diperlukan dan sebuah platform berjangkauan luas bagi menarik modal untuk menjana penyelesaian yang inovatif dan mampan, " kata Pengarah Urusan Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
Cabaran KIIC 2023 bertujuan untuk mencari penyelesaian inovatif seperti sumber makanan haiwan alternatif, baja alternatif, teknologi perladangan, pembiayaan dan penyelesaian rantaian bekalan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam industri agrimakanan.
Ia berhasrat untuk menarik syarikat pemula agrimakanan yang inovatif dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), serta memberi sokongan kepada peserta terpilih untuk meningkatkan kesediaan dan pengetahuan mereka dalam mendapatkan dan mengumpul dana untuk membawa perniagaan mereka ke tahap pertumbuhan seterusnya.
Pemohon yang disenarai pendek akan menerima jemputan untuk Hari Demo dan finalis akan diumumkan pada Oktober 2023.
Seramai 10 finalis KIIC akan dipilih untuk menerima anugerah sehingga RM500,000 setiap seorang dalam bentuk geran dan peluang untuk mengemukakan cadangan bagi menarik potensi pelaburan ekuiti dan/atau pembiayaan hutang daripada Khazanah dan rakan-rakan pendanaannya.
KIIC dianjurkan bersama dengan rakan kongsi program, Plug and Play, rakan-rakan jangkauan Impact Circle dan MYStartup oleh Cradle Fund, dan rakan-rakan kongsi pendanaan Gobi Partners, 500 Global dan Agrobank.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khazanah
#KIIC 2023
#perubahan iklim
#Amirul Feisal Wan Zahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan