awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kiki bukti pemandu wanita panas baran, tweet Bung Mokhtar

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
17/07/2014
08:04 MYT
Kiki bukti pemandu wanita panas baran, tweet Bung Mokhtar
Bung kini perli wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur
Baru lebih seminggu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi dengan kenyataan "Hidup Hitler"nya, dia kembali tunjuk belangnya di laman sosial Twitter.
Kali ini, subjek yang menarik minatnya ialah wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur, Siti Fairrah Ashykin atau lebih dikenali sebagai Kiki.
Bung menulis beliau pernah berkata pemandu wanita adalah panas baran dan kenyataan itu yang dikritik ramai, telah dibuktikan oleh Kiki.
Saya pernah di kecam apa bila berkata kebanyakan pemandu wanita panas baran..ianya telah di buktikan olek..KIKI. CDM25...
— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) July 17, 2014
Pada tahun 2011, Bung mendakwa cara pemanduan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus mengundang kemalangan.
Beliau berkata, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah kepada risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup menunjukkan isyarat tangan sekiranya pemandu lain membunyikan hon.
‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup tunjukkan isyarat tangan,” katanya di Dewan Rakyat.
Kenyataan itu mendapat kritikan hebat daripada kaum wanita.
Baru-baru ini, Bung yang menulis tweet "Hidup Hitler" selepas kemenangan Jerman di dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014, dikecam masyarakat Malaysia dan dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tweet yang ditulis oleh Bung “tidak boleh diterima dan salah”.
Bung kemudiannya memohon maaf di atas kenyataan tersebut dan memadamkan tweet itu.
Topic Berkaitan
#Bung Mokhtar
#cdm25
#Kiki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan