TAPAH: Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis, kata Presiden Persatuan Sahabat Penjara Malaysia, Tan Sri Azman Hashim.
Beliau berkata, masyarakat tidak seharusnya terus menghukum bekas banduan kerana ramai dalam kalangan mereka sudah pulih dan mahu kembali ke kehidupan asal.
Menurutnya, sikap orang ramai yang berterusan menghukum bekas banduan juga menyebabkan sebilangan daripada mereka sukar berubah malah ada yang terjerumus semula ke tabiat lama.
"Mereka sudah pun menerima hukuman setimpal, jadi masyarakat harus beri peluang kedua kerana penjara bukanlah penamat kepada segala impian. Setiap daripada mereka harus berusaha ke arah kebaikan dan masyarakat pula menerima mereka kembali," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Program Karnival Sukan Penghuni Peringkat Jabatan Penjara Malaysia 2023 di Penjara Tapah, di sini, pada Khamis.
Program tahunan itu yang berlangsung empat hari berakhir hari ini, menghimpunkan 500 penghuni daripada 21 intitusi penjara di Semenanjung Malaysia bersama 250 pegawai penjara, dengan Perak sebagai tuan rumah.
Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah sepak raga bulat, sepak takraw, bola jaring, karom, congkak, tarik tali dan gusti lengan.
Turut hadir Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Abdul Aziz Abd Razak, Pengarah Pengurusan Banduan Ajidin Salleh dan Pengarah Penjara Negeri Perak, Charin Promwitchit Cem.
Sementara itu, Azman berkata, menjadi keutamaan pihaknya untuk terus menyokong agenda dan program yang dianjurkan Jabatan Penjara Malaysia agar visi serta misi jabatan dapat dicapai bertepatan dengan objektif penubuhan persatuan.
"Persatuan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan agensi berkaitan menjayakan program ini yang berguna bagi kepentingan banduan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis, kata Presiden Persatuan Sahabat Penjara Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Pemandu rempuh atlet kayak negara di bawah pengaruh alkohol
Pemandu kereta yang merempuh atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elis berada dalam keadaan mabuk menerusi ujian saringan penafasan yang dijalan pihak polis.
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Mbappe pasti ke Real Madrid
PRESIDEN La Liga, Javier Tebas berkata, penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.
AWANI Ringkas: Hari Belia Negara 2024 membuka tirai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.
MASA gesa KPM tangani masalah kemiskinan digital
Dasar Pendidikan Digital hanya dapat mencapai matlamat dengan infrastruktur yang betul dan menangani isu berkaitan kemiskinan digital.
Hamas keluarkan serangan video ke atas rejim zionis
Kumpulan pejuang Hamas mengeluarkan video pada Selasa, menunjukkan serangan dilakukan ke atas kereta kebal Israel berhampiran Rafah.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Sifat 'emosi' wanita perlu dilihat sebagai satu kelebihan
Wanita seringkali dikaitkan dengan kecenderungan untuk mementingkan emosi ketika memimpin.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.