awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang alat penyembur musnah terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
08/10/2021
03:25 MYT
Kilang alat penyembur musnah terbakar
Sebuah kilang membuat spray musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Resah, Kawasan Perindustrian Sungai Rasah pada pagi Jumaat. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Sebuah kilang membuat alat penyembur musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Resah, Kawasan Perindustrian Sungai Rasah pada pagi Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 6.02 pagi.
"Seramai 34 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Subang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 6.10 pagi.
"Kebakaran melibatkan sebuah kilang spray yang merupakan bangunan kelas B berkeluasan 200x50 kaki persegi dan dianggarkan 50 peratus terbakar," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan berjaya dikawal kira-kira jam 6.37 pagi.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kilang spray
#alat penyembur
#Kawasan Perindustrian Sungai Rasah
#kilang terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan