Sebuah kilang bahan binaan di Bestari Jaya, dekat sini dikompaun Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas dikenal pasti menjadi punca insiden pencemaran sisa minyak di Sungai Selangor pada Jumaat.
Pencemaran sisa minyak itu menyebabkan tiga Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor iaitu LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) dihenti tugas pada pukul 9.40 pagi semalam namun beroperasi semula kira-kira dua jam kemudian.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan memberitahu bahawa siasatan menyeluruh mendapati kilang berkenaan gagal melaksanakan penstoran sisa minyak dengan baik apabila lapan tong yang menyimpan bahan itu masing-masing berkapasiti 205 liter ditemui di luar stor.
"Dua daripada lapan tong berkenaan pula dibiar terdedah tanpa penutup malah terdapat kesan kebocoran menyebabkan sisa minyak di dalamnya mengalir ke takungan longkang seterusnya ke alur sungai berhampiran.
Sisa minyak berkenaan kemudiannya mengalir ke Sungai Selangor yang terletak pada jarak kira-kira satu kilometer daripada lokasi pencemaran," kata kenyataan itu, malam tadi.
Menurut kenyataan itu, pihaknya memasang "oil boom" di kawasan alur terlibat untuk mengelakkan baki aliran minyak terus mengalir ke dalam Sungai Selangor selain meletakkan arang yang diaktifkan berhampiran kilang terbabit untuk mengawal pencemaran.
LUAS menyatakan, surat arahan untuk pembersihan segera dikeluarkan ke atas pemilik kilang berkenaan mengikut Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 manakala kompaun oleh JAS pula melibatkan kesalahan pengurusan Buangan Terjadual tertakluk kepada Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
"MDKS mengeluarkan kompaun dan notis kesalahan kepada kilang berkenaan selain memasang 'condone tape' di sekitar kawasan premis," kata kenyataan itu.
Pada masa sama, LUAS menyatakan pihaknya menjalankan pemantauan 24 jam bermula hari ini ke atas lembangan sungai utama di Selangor susulan insiden pencemaran yang berlaku iaitu pada 17 Mac lepas dan semalam, bagi mengelakkan gangguan bekalan air sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
LUAS dan kerajaan negeri menyeru kepada orang ramai supaya prihatin dengan kawasan sensitif sumber air terutamanya sungai serta melaporkan jika mengetahui sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi menyebabkan berlakunya pencemaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 27 2020
LUAS menjalankan pemantauan 24 jam bermula hari ini ke atas lembangan sungai utama di Selangor susulan insiden pencemaran yang berlaku. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.