awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
Impian Real Madrid undang kecaman peminat Bayern, Lennart Karl akui kesilapan
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang logam disyaki punca Sungai Skudai berbuih

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
11/05/2022
12:56 MYT
Kilang logam disyaki punca Sungai Skudai berbuih
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, memaklumkan terdapat pelepasan efluen berbuih dari kilang itu mengalir masuk ke Sungai Skudai. - Gambar/ JAS
JOHOR BAHRU: Aktiviti di sebuah kilang logam di Kawasan Perindustrian Senai Fasa III dekat sini, disyaki menyebabkan pencemaran yang menyebabkan buih tebal kelihatan di Sungai Skudai, Ahad lalu.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, memaklumkan terdapat pelepasan efluen berbuih dari kilang itu mengalir masuk ke Sungai Skudai.
Katanya, kilang itu dikesan susulan siasatan JAS ke atas beberapa premis yang beroperasi di sepanjang Sungai Skudai.
"Kilang telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dan lapan kompaun berjumlah RM16,000 turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang ditemui di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
"JAS Johor juga akan membuat siasatan susulan ke beberapa premis lain yang beroperasi di sepanjang Sungai Skudai yang berpotensi menyebabkan pencemaran seperti kes ini," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.
Katanya, pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang ditetapkan di bawahnya.
Orang ramai boleh melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 dan atau melalui e-aduan di [email protected].
Pada Ahad, tular sebuah video yang memaparkan fenomena ketulan buih putih di Sungai Skudai yang menimbulkan kerisauan penduduk sekitar.
Topic Berkaitan
#Sungai Skudai
#pencemaran
#Tular
#Jabatan Alam Sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan