awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang multinasional Samajaya Kuching dibenar beroperasi tetapi...

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
08/04/2020
10:31 MYT
Kilang multinasional Samajaya Kuching dibenar beroperasi tetapi...
Kilang-kilang multinasional di kawasan Perindustrian Samajaya, Kuching dibenarkan beroperasi dengan syarat meminimakan para pekerja.
Kilang-kilang multinasional di kawasan Perindustrian Samajaya, Kuching dibenarkan beroperasi dengan syarat meminimakan para pekerja.
Malah, Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mohd Naroden Majais berkata, setiap pengurusan kilang juga perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi termasuk memantau tahap kesihatan pekerja.
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan mereka beroperasi dengan syarat para pekerjanya tidak melebihi 30 peratus.
"Setakat ini, kebanyakan mereka mematuhi syarat itu malah jumlah kakitangan lebih rendah iaitu dalam lingkungan 20 peratus sahaja.
"Kebenaran ini juga selari dengan polisi Kerajaan Pusat yang membenarkan sektor Elektrik dan Elektronik (EME) beroperasi dengan syarat mereka mematuhi terma dan syarat PKP," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Selain itu, tambah Mohd Naroden, syarikat di bawah sektor EME perlu menghantar laporan harian kepada JPBN Sarawak melalui kementeriannya.
Malah, katanya, beberapa kilang di Samajaya ada mewujudkan klinik-klnik sendiri dengan doktor serta jururawat bagi memeriksa kesihatan para pekerja.
"Para pekerja akan dipantau setiap hari, pergerakan dan di mana mereka berada. Apabila mereka sampai kilang akan ada pemeriksaan suhu dan langkah-langkah pencegahan," katanya.
Ditanya jika syarikat-syarikat ini gagal mematuhi syarat ditetapkan, Mohd Naroden menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk menutup kilang mereka.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Mohd Naroden Majais
#JPBN Sarawak
#Perindustrian Samajaya
#Sektor Elektrik dan Elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan