BUTTERWORTH: Kilang berusia 120 tahun milik Malaysia Smelting Corporation Bhd (MSC) di sini mungkin sedang melewati tempoh yang kian suram sebaliknya prospek keseluruhan syarikat kekal utuh apabila kilang di Pulau Indah, Selangor mencapai kapasiti penuh untuk memenuhi permintaan global terhadap timah yang semakin meningkat.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSC, Raveentiran Krishnan berkata kilang baharu itu sedang meningkatkan pengeluaran ketika ini dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk mencapai kapasiti penuh.
"Kami akan perlahan-lahan menamatkan operasi kilang peleburan di sini dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang dan kemudian memindahkan operasi ke Pulau Indah.
"Kilang peleburan lama itu kemudiannya akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan komersial dan perumahan di kawasan ini," katanya kepada Bernama.
Kilang peleburan ikonik yang dibangunkan pada 1902 oleh The Straits Trading Company itu pernah menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara.
Ia mengharungi dan cekal bertahan dalam ujian dan cabaran pelbagai peristiwa penting seperti Perang Dunia Kedua dan krisis harga timah 1985, yang membawa kepada kejatuhan Persatuan Negara-negara Pengeluar Timah (ATPC).
Beliau berkata ketika Jepun menawan kilang itu semasa Perang Dunia Kedua, operasi peleburan timah di kilang itu terpaksa dihentikan sepenuhnya kerana ia digunakan untuk menghasilkan sebahagian komponen jentera perang mereka termasuk basikal, motosikal dan kenderaan bagi memudahkan peperangan mereka di Tanah Melayu.
Turun Naik Pasaran Timah
Meskipun pasaran timah mengalami kejatuhan pada 1985 apabila ATPC tidak lagi dapat mengawal harga, MSC berjaya meneruskan operasi di kilangnya di sini dengan berdepan segala kemungkinan.
"Pasaran musnah dan harga timah merosot sehingga RM20 sekilogram dan ia kekal pada paras itu sehingga 2003. Negara seperti China dan Indonesia mula mengeluarkan lebih banyak dan menjadikan permintaan lebih rendah berbanding penawaran," katanya.
Namun, harga timah mula pulih pada sekitar 2004 susulan permintaan yang kukuh kerana sifatnya sebagai logam teknologi dan seiring dengan kebangkitan pembuatan telekomunikasi dan elektronik pengguna untuk memenuhi permintaan yang meningkat.
Tidak perlu dikatakan lagi bahawa ledakan teknologi global amat memangkinkan pasaran timah dengan penggunaannya tidak terhad sebagai kegunaan tradisional bagi pematerian dan penyaduran timah malah untuk bateri dalam kenderaan elektrik (EV), panel solar, bahan kimia timah dan sebagainya.
"Kami juga sedang berusaha untuk terus membangunkan penggunaan baharu bagi timah dengan kerjasama Persatuan Timah Antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom serta pihak lain agar dapat mengekalkan penggunaan timah.
"Dari segi pascapenggunaan, wujud juga momentum yang semakin rancak untuk mengitar semula timah dengan mengekstraknya daripada komponen elektronik dan kimia timah supaya kita tidak perlu hanya menumpukan pada perlombongan," katanya.
Industri Timah Masih Berkembang Maju
Raveentiran berkata dari segi pengeluaran, MSC pada masa ini boleh meleburkan sehingga kira-kira 30,000 tan timah padat setahun dan dijangkakan meningkat kepada kira-kira 40,000 tan dalam masa terdekat.
"Dalam melangkah maju, memandangkan kami meningkatkan operasi di Pelabuhan Klang, kami menjangkakan memperoleh lebih banyak timah padat kerana kami telah mendapat relau TSL (top submerged lance) yang mempunyai faedah utama mengatasi relau konvensional.
"Faedah ini termasuk kos operasi yang lebih rendah, akses kepada gudang LME (Bursa Logam London) dan paling penting jejak karbon yang lebih kecil," katanya.
Beliau berkata walaupun industri timah digelar sebagai 'industri senja' pada 1980-an, ia masih berkembang pesat dengan penggunaan global kini pada kira-kira 380,000 tan timah padat setahun berbanding 250,000 tan ketika itu.
"Minat terhadap timah semakin pulih dan permintaan semakin meningkat, lebih-lebih lagi dengan peningkatan tenaga boleh baharu. Timah dipasarkan sebagai logam hijau kerana ia mempunyai banyak faedah," katanya.
Beliau berkata inovasi, pertumbuhan dalam aktiviti pembuatan dan permintaan lebih tinggi untuk elektronik merupakan faktor yang mendorong permintaan timah, yang turut menyebabkan harga meningkat.
"Timah berada pada kedudukan terbaik dalam jadual berkala. Gabungan ciri-ciri fizikal dan kimianya yang luar biasa tidak dapat ditandingi oleh mana-mana logam bukan ferus lain dan saya tidak nampak mana-mana logam lain yang mungkin boleh menggantikan timah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
MSC yang berusia 120 tahun di Butterworth akan ditutup pengoperasiannya apabila dipindahkan ke Pulau Indah, Klang dalam tempoh tiga tahun. - Foto Bernama
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Kilang peleburan 120 tahun lewati tempoh senja, sebaliknya sinar kian cerah buat MSC
Prospek syarikat kekal utuh apabila kilang di Pulau Indah, Selangor mencapai kapasiti penuh untuk memenuhi permintaan global terhadap timah.