BUTTERWORTH: Kilang berusia 120 tahun milik Malaysia Smelting Corporation Bhd (MSC) di sini mungkin sedang melewati tempoh yang kian suram sebaliknya prospek keseluruhan syarikat kekal utuh apabila kilang di Pulau Indah, Selangor mencapai kapasiti penuh untuk memenuhi permintaan global terhadap timah yang semakin meningkat.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSC, Raveentiran Krishnan berkata kilang baharu itu sedang meningkatkan pengeluaran ketika ini dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk mencapai kapasiti penuh.
"Kami akan perlahan-lahan menamatkan operasi kilang peleburan di sini dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang dan kemudian memindahkan operasi ke Pulau Indah.
"Kilang peleburan lama itu kemudiannya akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan komersial dan perumahan di kawasan ini," katanya kepada Bernama.
Kilang peleburan ikonik yang dibangunkan pada 1902 oleh The Straits Trading Company itu pernah menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negara.
Ia mengharungi dan cekal bertahan dalam ujian dan cabaran pelbagai peristiwa penting seperti Perang Dunia Kedua dan krisis harga timah 1985, yang membawa kepada kejatuhan Persatuan Negara-negara Pengeluar Timah (ATPC).
Beliau berkata ketika Jepun menawan kilang itu semasa Perang Dunia Kedua, operasi peleburan timah di kilang itu terpaksa dihentikan sepenuhnya kerana ia digunakan untuk menghasilkan sebahagian komponen jentera perang mereka termasuk basikal, motosikal dan kenderaan bagi memudahkan peperangan mereka di Tanah Melayu.
Turun Naik Pasaran Timah
Meskipun pasaran timah mengalami kejatuhan pada 1985 apabila ATPC tidak lagi dapat mengawal harga, MSC berjaya meneruskan operasi di kilangnya di sini dengan berdepan segala kemungkinan.
"Pasaran musnah dan harga timah merosot sehingga RM20 sekilogram dan ia kekal pada paras itu sehingga 2003. Negara seperti China dan Indonesia mula mengeluarkan lebih banyak dan menjadikan permintaan lebih rendah berbanding penawaran," katanya.
Namun, harga timah mula pulih pada sekitar 2004 susulan permintaan yang kukuh kerana sifatnya sebagai logam teknologi dan seiring dengan kebangkitan pembuatan telekomunikasi dan elektronik pengguna untuk memenuhi permintaan yang meningkat.
Tidak perlu dikatakan lagi bahawa ledakan teknologi global amat memangkinkan pasaran timah dengan penggunaannya tidak terhad sebagai kegunaan tradisional bagi pematerian dan penyaduran timah malah untuk bateri dalam kenderaan elektrik (EV), panel solar, bahan kimia timah dan sebagainya.
"Kami juga sedang berusaha untuk terus membangunkan penggunaan baharu bagi timah dengan kerjasama Persatuan Timah Antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom serta pihak lain agar dapat mengekalkan penggunaan timah.
"Dari segi pascapenggunaan, wujud juga momentum yang semakin rancak untuk mengitar semula timah dengan mengekstraknya daripada komponen elektronik dan kimia timah supaya kita tidak perlu hanya menumpukan pada perlombongan," katanya.
Industri Timah Masih Berkembang Maju
Raveentiran berkata dari segi pengeluaran, MSC pada masa ini boleh meleburkan sehingga kira-kira 30,000 tan timah padat setahun dan dijangkakan meningkat kepada kira-kira 40,000 tan dalam masa terdekat.
"Dalam melangkah maju, memandangkan kami meningkatkan operasi di Pelabuhan Klang, kami menjangkakan memperoleh lebih banyak timah padat kerana kami telah mendapat relau TSL (top submerged lance) yang mempunyai faedah utama mengatasi relau konvensional.
"Faedah ini termasuk kos operasi yang lebih rendah, akses kepada gudang LME (Bursa Logam London) dan paling penting jejak karbon yang lebih kecil," katanya.
Beliau berkata walaupun industri timah digelar sebagai 'industri senja' pada 1980-an, ia masih berkembang pesat dengan penggunaan global kini pada kira-kira 380,000 tan timah padat setahun berbanding 250,000 tan ketika itu.
"Minat terhadap timah semakin pulih dan permintaan semakin meningkat, lebih-lebih lagi dengan peningkatan tenaga boleh baharu. Timah dipasarkan sebagai logam hijau kerana ia mempunyai banyak faedah," katanya.
Beliau berkata inovasi, pertumbuhan dalam aktiviti pembuatan dan permintaan lebih tinggi untuk elektronik merupakan faktor yang mendorong permintaan timah, yang turut menyebabkan harga meningkat.
"Timah berada pada kedudukan terbaik dalam jadual berkala. Gabungan ciri-ciri fizikal dan kimianya yang luar biasa tidak dapat ditandingi oleh mana-mana logam bukan ferus lain dan saya tidak nampak mana-mana logam lain yang mungkin boleh menggantikan timah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022

MSC yang berusia 120 tahun di Butterworth akan ditutup pengoperasiannya apabila dipindahkan ke Pulau Indah, Klang dalam tempoh tiga tahun. - Foto Bernama
![[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha [TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975873/8967789641656505123885_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidiladha
Ikuti pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha 1443H/2022M.

Tenaga Kerja | Beri maklumat sebenar mengenai layanan, fasiliti
20 pengamal media Indonesia daripada pelbagai agensi di bawa melihat sendiri keadaan kehidupan sebahagian warga kerja negara itu di Malaysia yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati membabitkan warga kedua-dua negara. Program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Rabu membawa mereka mengunjungi Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi yang didiami lebih 1,300 warga kerja wanita Indonesia mungkin akan memberikan catatan maklumat sebenar untuk disampaikan.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022) [INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975870/thumbnails/8967789641656504253072_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)

Hampir 50,000 kontraktor Melayu 'gulung tikar'
Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.
![[INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021 [INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975869/thumbnails/8967789641656503525717_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021
![AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975867/thumbnails/19650021631656502960700_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hasan #AWANIBorneo 29 Jun 2022: - Bekalan RON95 di Sarawak cukup dan stabil, tidak habis seperti didakwa. - Syarikat Australia berminat melabur untuk bina loji bateri Lithium-Ion di Sarawak. - Penduduk Khazanah Indah bersuara, sampai bila perlu hadap masalah air dan sampah?

Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy
KKM menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga.

Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Kes Siti Bainun: Pegawai polis buat analisis telefon bimbit papar gambar dan video Bella
Beliau mengambil masa lebih tiga jam untuk mengekstrak gambar dan video dalam telefon bimbit itu.

Kilang peleburan 120 tahun lewati tempoh senja, sebaliknya sinar kian cerah buat MSC
Prospek syarikat kekal utuh apabila kilang di Pulau Indah, Selangor mencapai kapasiti penuh untuk memenuhi permintaan global terhadap timah.