awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang sarung tangan lepas sisa air berbuih diambil tindakan - JAS Kedah

Bernama
Bernama
28/07/2025
11:30 MYT
Kilang sarung tangan lepas sisa air berbuih diambil tindakan - JAS Kedah
JAS Kedah telah mengambil tindakan terhadap sebuah kilang sarung tangan getah yang disyaki melepaskan air sisa berbuih di Kulim Hi-Tech Park pada Ahad. - Gambar JAS
ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah telah mengambil tindakan terhadap sebuah kilang sarung tangan getah yang disyaki melepaskan air sisa berbuih di Kulim Hi-Tech Park, semalam.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menjalankan siasatan susulan aduan orang awam yang diterima berkaitan perkara itu, semalam.
"JAS Kedah telah menggerakkan pasukan penyiasat pada hari yang sama ke kawasan yang diadu dan hasil siasatan mendapati sebuah kilang sarung tangan getah telah melepaskan air berbuih ke dalam sistem longkang awam.
"Keadaan ini bukan sahaja mencemarkan alam sekitar tetapi juga berpotensi mengancam ekosistem air dan kesihatan awam. Sebagai tindakan segera, JAS telah melaksanakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan itu bertujuan menghentikan serta-merta aktiviti pencemaran yang dilakukan oleh kilang terbabit.
"Selain itu, satu kertas siasatan turut akan dibuka mengikut Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) yang sekiranya disabit kesalahan, pihak kilang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM10 juta.
"JAS Kedah tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk pencemaran alam sekitar. Orang awam yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 dan sistem e-aduan JAS iaitu eaduan.doe.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#sarung tangan getah
#hukuman penjara
#aktiviti pencemaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan