Rakyat Sabah khususnya di Parlimen Kimanis tidak menerima kehadiran Pas di negeri itu, kata Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional.
Menurut Ketuanya, Senator Aiman Athirah Al Jundi, kedatangan Pas untuk membantu jentera Barisan Nasional (BN) berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis tidak dialu-alukan sama sekali.
Sebaliknya, kata beliau, parti Islam itu hanya akan menganggu-gugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.
“Saya dulu pun bekas Pas selama lebih 20 tahun, jadi saya kenal cuma saya kira PAS khususnya maaf kata, tidak sesuai untuk Sabah.
“Sebab bila ada parti yang membawa isu perkauman, balik-balik isu perkauman atau keagamaan dan saling bersangka buruk sesama agama khususnya di Sabah dan Sarawak, ia tidak sesuai,” katanya kepada pemberita di Kampung Sri Serbang, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang unik dan rakyat hidup bersatu tanpa mengira perbezaan agama dan budaya.
Justeru, jelas Aiman Athirah, beliau yakin kehadiran Pas untuk membantu kempen BN tidak akan memberikan impak besar kepada pengundi-pengundi di Parlimen Kimanis.
Terdahulu, Pas dilaporkan sudah mula berkampung di Kimanis bagi membantu kemenangan calon BN, Datuk Mohamad Alamin.
Parti itu turut membuka beberapa bilik gerakan khusus termasuk bilik operasi bagi memudahkan urusan bantuan dari luar Kimanis.
Hasimi Muhamad
Thu Jan 09 2020
Menurut Aiman Athirah, kehadiran Pas untuk membantu kempen BN tidak akan memberikan impak besar kepada pengundi-pengundi di Parlimen Kimanis. - Gambar fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Lelaki juga jadi mangsa gangguan seksual - Timbalan menteri
Seramai 235 orang atau 23.2 peratus daripada 1,012 mangsa gangguan seksual merupakan golongan lelaki.
Rang Undang-Undang Warga Emas ambil kira tindakan terhadap anak tidak bertanggungjawab
Rang Undang-Undang Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, antara lain mengambil kira tindakan undang-undang terhadap anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka.
Kimanis Memilih: Kehadiran Pas boleh gugat keharmonian di Sabah
Rakyat Sabah khususnya di Parlimen Kimanis tidak menerima kehadiran PAS di negeri itu, kata Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional.