Kira-kira 30 peratus penduduk dewasa di kawasan luar bandar negeri ini enggan menjalani saringan di klinik kesihatan dan hospital kerana takut mengetahui keadaan sebenar kesihatan mereka.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Khairi Yaacob berkata mereka memberi alasan tidak mahu menjalani saringan itu kerana takut tidak lalu makan jika mengetahui mereka menghidap penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.
"Mereka lebih rela tidak mengetahui keadaan sebenar kesihatan diri masing-masing kerana takut tidak lalu makan jika tahu mereka menghidap penyakit," katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan timbalan beliau Dr Fatimah Othman pada perasmian kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat peringkat Parlimen Segamat hari ini.
Majlis anjuran Klinik Kesihatan Buloh Kasap itu dirasmikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga Anggota Parlimen Segamat dan dihadiri lebih 300 penduduk dari kawasan sekitar.
Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, seramai 7,941 pesakit diabetes baharu dikesan dengan daerah Segamat mencatat 892 kes diabetes baharu.
Bagi menangani masalah kesihatan di kalangan rakyat di negeri ini, beliau berkata Jabatan Kesihatan memperkenalkan menu makanan seimbang untuk menjaga kesihatan dan ia boleh diperoleh secara percuma di klinik kesihatan kerajaan di negeri ini.
Bernama
Sun Sep 22 2013
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.
Kinohimitsu dan Watson lancar program kesedaran diabetes
Kinohimitsu dan Watsons Malaysia lancar inisiatif kesedaran diabetes sempena bulan kesedaran diabetes.
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.
PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.
Isu pengeluaran di fasiliti tempatan punca bekalan insulin manusia terjejas - KKM
Bekalan insulin manusia di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) yang terjejas baru-baru ini adalah disebabkan isu pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan, demikian menurut kementerian itu.
Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.
Inisiatif perang terhadap gula oleh KKM
Semua rakyat Malaysia diseru untuk berganding bahu bagi memerangi kelaziman tabiat pengambilan gula berlebihan.
Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.
Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR
Regency catat rekod untuk bilangan saringan HbA1c tertinggi dalam tempoh tiga hari.