awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes

Bernama
Bernama
04/12/2024
07:33 MYT
PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar menggesa semua pihak mengurangkan pengambilan gula untuk menangani isu diabetes yang tinggi di Malaysia. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak mengambil serius saranan beliau untuk mengurangkan pengambilan gula, memandangkan negara berhadapan dengan isu penghidap diabetes yang sangat tinggi.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak mengurangkan pengambilan gula untuk menangani isu diabetes yang tinggi di Malaysia.
  • Beliau mencadangkan premis makanan di Parlimen menurunkan kandungan gula dalam minuman sebanyak 50%, sebagai langkah untuk mengelakkan peningkatan kes diabetes.
  • Kerajaan akan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai Januari depan sebanyak 40 sen seliter.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.
"Di peringkat negeri dulu Kelantan, kemudian Kedah sebelum Negeri Sembilan pula ambil alih (kes tertinggi), jangan lah kita berlumba-lumba untuk penyakit ini, langkah ini (kurangkan gula) cara munasabah nak elak keterlanjuran kita dan saya harap benda ini dianggap serius.
"... bukan hanya (tindakan kerajaan) melalui langkah menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai Januari depan sebanyak 40 sen seliter," katanya sewaktu membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Negara hari ini.
Justeru Anwar mencadangkan supaya premis makanan di dalam bangunan Parlimen menurunkan sehingga 50 peratus kandungan gula dalam minuman yang dihidangkan.
"Saya cadangkan kantin di Parlimen ini kita ikut seperti apa dah dilakukan Jabatan Perdana Menteri iaitu turunkan 50 peratus kandungan gula, ini wajar kerana ahli-ahli yang berhormat harus menjadi contoh baik," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Dewan Rakyat melancarkan inisiatif Hari Tanpa Gula pada setiap Rabu, bermula pertengahan Oktober lepas, melibatkan kakitangan Parlimen serta merangkumi semua Ahli Parlimen bertujuan menyemai budaya gaya hidup sihat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#diabetes
#kencing manis
#pengambilan gula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan