KUALA NERANG: Kira-kira 400,000 hektar atau 40 peratus daripada keseluruhan ladang getah yang diusahakan pekebun kecil seluruh negara didapati tidak aktif atau tidak menghasilkan pengeluaran getah secara konsisten.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, keseluruhan ladang getah itu membabitkan seramai kira-kira 150,000 pekebun kecil yang mana jika diusahakan secara cekap dan konsisten mampu menjana pengeluaran hasil getah bernilai RM30 bilion.
"Sekarang ini kita menilai ada dalam 40 peratus yang hasilnya tidak konsisten, kejap ada, kejap tidak ada, kejap aktif, kejap tidak aktif, jadi kita hendak menyelaraskan kawasan-kawasan getah yang tidak konsisten ini untuk memastikan pengeluaran terus konsisten untuk meningkatkan hasil.
"Antara punca ladang-ladang getah ini tidak aktif atau pengeluaran tidak konsisten adalah disebabkan tiada orang menoreh, pekebun kecil yang telah berusia dan tiada orang nak menguruskan ladang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pemprosesan Getah Krip dan Projek Transformasi Perusahaan Getah (TARGET) di sini hari ini.
Menurutnya, KPPK dan agensi berkaitan sedang mencari jalan bagi menyelesaikan isu itu, antaranya dengan mewujudkan koperasi di kawasan ladang getah yang dikenalpasti untuk menghimpunkan pekebun kecil di bawah satu entiti.
Katanya menerusi kaedah ini, koperasi yang diwujudkan dapat bertindak menguruskan ladang-ladang getah yang tidak aktif atau tidak konsisten agar pengeluaran getah dapat dioptimumkan.
"Jadi koperasi ini boleh menjelajah dan mengenal pasti ladang-ladang getah di kawasan tersebut dan berbincang dengan pemilik tanah supaya koperasi dapat mengambil alih pengurusan ladang yang tidak aktif ini," jelas Zuraida.
Beliau menambah sekiranya kesemua ladang-ladang getah yang diusahakan pekebun kecil dapat dioptimumkan pengeluarannya, ia dijangka akan meningkatkan hasil eksport getah asli dan produk getah negara melebihi RM71 bilion yang dicatatkan tahun lalu.
Mengulas mengenai pembinaan Pusat Pemprosesan Getah Krip pula, beliau berkata ia bertujuan membantu pekebun kecil meneroka peluang baharu dalam rantaian pengeluaran getah dan memudahkan hasil getah dikumpul dan diedarkan.
Katanya pusat itu akan memproses 'cuplump' (getah sekerap) menjadi getah krip yang boleh dijual pada harga yang lebih tinggi sekali gus membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan berbanding RM1,500 ke RM1,800 dengan menjual 'cuplump'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Antara punca ladang-ladang getah ini tidak aktif atau pengeluaran tidak konsisten adalah disebabkan tiada orang menoreh, pekebun kecil yang telah berusia dan tiada orang nak menguruskan ladang. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
Serangan harimau: Penduduk takut ke kebun
Penduduk Kuala Tol mendakwa insiden serangan harimau belang hingga meragut nyawa di penempatan itu tidak pernah berlaku dalam tempoh lima dekad lepas.
Sultan Johor kecewa segelintir Orang Asli ceroboh hutan simpan
Sultan Johor menzahirkan kekecewaan berikutan ada segelintir Orang Asli menceroboh kawasan hutan simpan kerajaan untuk dijadikan ladang getah dan sawit besar-besaran.
Kira-kira 400,000 hektar ladang getah tidak aktif, pengeluaran tidak konsisten - Zuraida
Keseluruhan ladang getah itu membabitkan seramai kira-kira 150,000 pekebun kecil.
Penunggang motosikal maut dilanggar lori dipercayai mengundur
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di kawasan ladang getah berhampiran Kampung Binjai, melibatkan Mohd Sofian Nurudin, 52 tahun, yang berada di belakang lori tersebut.
Hujan bukan alasan! Penoreh di Kedah raih RM4,000 usaha tanaman cendawan
Ismail mampu menjana pendapatan tambahan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, di samping pendapatan sebagai penoreh sekitar RM1,000 sebulan.
Penoreh getah maut terjunam cerun
Kenderaan yang dipandu Mohamad Hassan Abdul Rashid, 56 tahun, dipercayai terbabas menjunam ke dalam cerun sedalam 27 meter.