awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kisah Mufti Wilayah dan jiran berbangsa Cina

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/09/2019
09:51 MYT
Kisah Mufti Wilayah dan jiran berbangsa Cina
Menerusi kemaskini yang dimuat naik di laman Instagram, Zulkifli berkongsi kenangan beliau bersama seorang jiran berbangsa Cina yang dikenali sebagai Pak Choong. - Gambar [email protected]
Di sebalik pelbagai situasi yang berlaku dalam negara ketika ini, kisah yang dikongsi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ini membuktikan bahawa perbezaan agama bukan halangan untuk rakyat negara ini hidup bersatu-padu.
Menerusi kemaskini yang dimuat naik di laman Instagram, Zulkifli berkongsi kenangan beliau bersama seorang jiran berbangsa Cina yang dikenali sebagai Pak Choong.
Kematian jiran yang akrab seperti sahabat pada Ahad benar-benar menyentuh emosi Zulkifli.
Ternyata, pemergian mendiang Pak Choong dilihat memberi kesan besar kepada Mufti Wilayah Persekutuan itu apabila beliau secara peribadi meluahkan rasa sayu selepas menerima berita sedih tersebut.
“Hari ini hari yang menghibakan apabila menerima berita pemergian seorang jiran saya yang berbangsa Cina.
“Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas di media sosial, mungkin mengenali mendiang Pakcik Choong atau pemilik nama sebenar Choong Kooy Choon yang selalu menghadiahkan saya pelbagai haiwan peliharaan beliau kerana kami berkongsi hobi yang sama,” tulis Zulkifli dalam entri di Instagram miliknya, petang Ahad.
View this post on Instagram
Hari ini hari yang menghibakan apabila menerima berita pemergian seorang jiran saya yang berbangsa Cina. ⁣⁣ Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas di media sosial,mungkin mengenali mendiang Pakcik Choong atau pemilik nama sebenar Choong Kooy Choon yang selalu menghadiahkan saya pelbagai haiwan peliharaan beliau kerana kami berkongsi hobi yang sama. ⁣⁣ ⁣⁣ Setiap kali Tahun Baru Cina, saya tidak pernah lupa menghadiahkan kek untuk beliau sekeluarga. Beliau sudah pasti membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin. ⁣⁣ ⁣⁣ Hidup dengan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia adalah nikmat Allah SWT untuk kita manfaatkan bersama demi menbina masa depan Malaysia yang lebih harmoni. ⁣ ⁣ Terima kasih Allah SWT kerana menghadirkan mendiang Pak Choong dalam hidup saya, mencipta kenangan indah bersama dan membenarkan lagi keimanan saya bahawa kita semua asalnya daripada nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa. ⁣ ⁣ Firman Allah SWT:⁣ ⁣ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا⁣ ⁣ “Hai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dari seorang lelaki dan seorang wanita, lalu menjadikan kamu semua berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu semua saling mengenali…”⁣ ⁣ (Surah al-Hujurat: 13)
A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on
Sep 28, 2019 at 11:07pm PDT
Berkongsi lagi, Zulkifli berkata, setiap kali tiba sambutan Tahun Baharu Cina, beliau selalu menghadiahkan kek kepada mendiang sekeluarga.
“Beliau sudah pasti membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin,” imbasnya.
Tambah beliau, hidup dengan kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia merupakan nikmat Allah SWT yang perlu dimanfaatkan bersama demi membina masa depan Malaysia yang lebih harmoni.
“Terima kasih Allah SWT kerana menghadirkan mendiang Pak Choong dalam hidup saya, mencipta kenangan indah bersama dan membenarkan lagi keimanan saya bahawa kita semua asalnya daripada nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa,” katanya.
Topic Berkaitan
#Cina
#Instagram
#Malaysia
#meninggal dunia
#Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Ba
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan