Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang disifatkan tidak mempunyai pemikiran positif yang mampu menjana pembangunan negara dan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Kit Siang selama ini hanya melihat apa apa sahaja berkaitan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama UMNO dengan penuh prejudis dan berat sebelah.
"Dalam kotak pemikirannya bersarang dengan perasaan dendam kepada UMNO, orang Melayu, persespsi negatif dan menebal dengan fahaman politik rasis.
"Kit Siang begitu mudah membuat tuduhan tidak berasas terhadap usaha kerajaan dan UMNO membangunkan rakyat dan mengurus tadbir negara ini," katanya dalam catatan terbaharu blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com/.
Kit Siang dalam satu kenyataan pada Jumaat memberitahu BN dan UMNO dilihat mahu negara terjerumus menjadi sebuah negara yang gagal dengan melantik seorang 'boneka' menjadi Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Tambah Kit Siang, pelantikan boneka UMNO menjadi pengerusi SKMM bukan sahaja akan diperkudakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri yang bertanggungjawab, tetapi juga akan diperkudakan Utusan Malaysia dan pihak-pihak berkepentingan dalam UMNO sendiri.
Tegas Syed Ali, Lim Kit Siang sepatutnya terlebih dahulu membetulkan kepincangan dan kelemahan pentadbiran negeri-negeri dikuasai pembangkang terutama Pulau Pinang yang gagal membawa pembangunan untuk rakyat.
"Apakah selama lebih 50 tahun BN dan UMNO tidak mentadbir negara ini dengan baik, sedangkan pelbagai kaum termasuk orang Cina turut menikmati manfaat daripada kemajuan tersebut?," katanya.
Jelasnya, perlantikan mana-mana pegawai kerajaan atau individu menerajui sesuaatu agensi dibuat berasaskan kepada kelayakan dan kemampuan untuk menjana perubahan yang mampu dikongsi bersama oleh rakyat keseluruhannya.
"Tidak timbul isu lantikan seseorang pengerusi atau mereka yang layak menerajui sesuatu badan atau agensi kerajaan dibuat kerana berkepentingan atau sekadar dijadikan boneka.
"DAP jangan ingat pemimpin UMNO tidak ada fikiran, kita akan bersuara jika terbukti ada sebarang salah laku, malah UMNO akan tampil ke depan jika wujud sebarang penyalahgunaan kuasa," tegasnya.
Menurut Syed Ali lagi, Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu sengaja mencetuskan isu yang sebenarnya 'bukan isu' berhubung perlantikan pengerusi baru SKMM berikutan penamatan jawatan Datuk Mohamed Sharuil Tarmizi akhir tahun lalu.
"Penamatan jawatan Pengerusi SKMM merupakan perkara biasa dan penggantinya pula akan dipilih oleh kerajaan berdasarkan kelayakan dan kesesuaian dengan jawatan tersebut.
"Ia proses biasa dan bukannya isu besar, pertukaran dan perlantikan pegawai baru merupakan amalan biasa di mana-mana jabatan atau kementerian, seperti juga berlaku di Selangor apabila Mohamad Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar," tegasnya.
Jelasnya, Kit Siang juga diminta tidak membuat andaian negatif dengan melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya pengerusi yang bakal dilantik mengetuai SKMM itu boneka UMNO.
"Inilah akibnatnya apabila di dalam fikiran bersarang perasaan buruk sangka, tidak bersih dan berserabut dengan permainan politik rasis," tegasnya.
Astro Awani
Sun Jan 11 2015
SYED ALI: Kit Siang, kamu jangan prejudis kepada orang Melayu - Gambar fail
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Tahap kesihatan Ali XPDC 'pelik tapi benar'
Serangan strok tidak melemahkan semangat Ali yang kelihatan kembali bangkit berjuang dalam industri muzik tanah air.
Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
TAMANZ tersingkir kerana perbezaan tipis, ini markah penuh minggu keenam Muzikal Lawak Superstar
Mungkin tiada rezeki buat Tamanz...
Kelab peminat bukan sekadar kumpulan sorak
Kelab peminat 'Ali Ola Bola' ini serius jalankan tanggungjawab sosial, yang diharap mampu menyemai nilai murni dalam kalangan anggotanya.
Fatimah dan Ali terus cuit hati netizen, 'gapoever' trending di laman sosial
Keletah dua beradik ini mencuit hati dan penggunaan perkataan 'gapoever' undang gelak ketawa netizen.