SEPANG: Kit ujian kendiri COVID-19 boleh didapati pada harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata ia susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat termasuk di pasaraya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak .
"Ini tentunya satu berita yang sangat baik kepada pengguna pada situasi hari ini," katanya ketika melancarkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di KK Supermart di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2021, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah serendah RM6.90, namun ada yang menjualnya pada harga lebih rendah seperti rangkaian kedai serbaneka KK Supermarket yang menawarkannya pada RM6.60 seunit.
Sebelum ini, kit ujian kendiri COVID-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih.
Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16.00 seunit, berkuat kuasa 5 Sept lepas.
Nanta berkata keputusan kerajaan untuk memperluaskan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 akan mendatangkan kebaikan seperti penurunan harga, ketersediaan bekalan dan meningkatkan daya saing serta ekonomi sektor peruncitan.
Mengenai harga siling kit ujian kendiri COVID-19 yang baharu, Nanta berkata ia akan diumumkan dalam masa terdekat dan penentuannya mengambil kira semua aspek termasuk kepentingan pengguna dan peniaga.
Menurut Nanta paras sedia ada iaitu RM19.90 harga runcit dan RM16 harga borong akan diturunkan ke satu tahap yang adil kepada pengguna dan peniaga.
"Kita boleh tengok di mana paras kita boleh letak dan memastikan pengguna boleh membeli dengan mengikut kehendak mereka termasuk dari segi jenama dan kualiti. Kita mesti juga memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan," katanya.
"Harga siling baharu juga harus mengambil kira peniaga yang perlu mengimport kit berkenaan dari negara berlainan," katanya.
Nanta berkata beliau percaya persaingan akan menurunkan harga jualan di peringkat runcit.
"Suasana perniagaan perlu berpaksi kepada (konsep) penawaran dan permintaan. Tidak perlu kerajaan guna kuasa menyekat dan membuat peraturan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Pengumuman harga baharu ini dianggap berpatutan dan dapat dibeli oleh semua peringkat rakyat termasuk golongan B40. - Foto BERNAMA
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan teliti keperluan kaji semula harga siling kit ujian kendiri COVID-19
Kerajaan mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan 2021 pada 24 Nov tahun lepas.
Kit ujian kendiri COVID-19 dijual lebih murah sebelum persekolahan bermula
Harga kit ujian kendiri COVID-19 akan diturunkan lebih murah menjelang akhir bulan ini untuk memudahkan ibu bapa membuat ujian saringan, sebelum anak mereka memulakan sesi persekolahan.
Pengimportan & pengedaran kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat - MDA
MDA memberitahu, orang ramai boleh mendapatkan kit-kit ujian itu dari farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan yang dibenarkan selepas surat Kelulusan Bersyarat dikeluarkan.