PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melaksanakan tindakan segera bagi memastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik.
Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam ciapan di laman Twitter rasminya hari ini sebagai respons kepada permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau memberi keutamaan supaya kesalinghubungan di kampus adalah lebih baik.
Fahmi berkata beliau berhubung dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai perkara itu dan menyatakan isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
"Saya telah berhubung dengan Menteri KPT @KhaledNordin (Mohamad Khaled) - isu utama ialah jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
“Insya-Allah @kkd_gov (KKD) @MOHEOfficial (KPT) @MCMC_RASMI (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) akan segera usahakan,” katanya.
Terdahulu, semasa Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia, Sintok di Kedah, Anwar meminta KKD memberi keutamaan berkaitan kesalinghubungan Internet yang lebih baik di kampus universiti seluruh negara.
Perdana Menteri berkata kemudahan Internet di kampus universiti merupakan satu keperluan asas dan menjadi elemen penting yang harus disediakan seperti buku teks.
"Jadi dalam beberapa bulan yang lalu di Universiti Teknologi Mara dan Universiti Kebangsaan Malaysia ia dibangkitkan maka sudah ada rancangan dimasukkan dalam KKD di bawah saudara Fahmi untuk memberikan keutamaan bagi semua kampus diberikan kesalinghubungan yang lebih baik.
"Kebetulan di antara cadangan (dalam pertemuan dengan) Elon Musk yang akan dikemukakan kepada saya termasuk ada beberapa fasiliti baharu. Kadang-kadang kita nak tunggu sistem rangkaian yang terlalu terperinci, nak tunggu rangkaian 5G itu akan memakan masa satu dua tahun.
"Jadi ada cadangan yang akan dikemukakan dan saya akan beri respons, dan mudah-mudahan kalau dapat kita boleh pastikan kemudahan itu dan pasang di semua universiti tahun ini juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Fahmi (gambar) berkata beliau berhubung dengan Menteri Pendidikan Tinggi mengenai tindakan yang perlu diambil bagi memastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.