KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh pemain industri perfileman untuk membawa masuk kelengkapan peralatan studio produksi maya ke Malaysia yang disifatkan mampu menjadi pencetus perubahan kepada industri itu.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia bertepatan dengan peruntukan Belanjawan 2023 sebanyak RM102 juta, yang antara lain merangkumi Pengecualian Duti Import serta Cukai Jualan ke atas Peralatan Studio dan Produksi Penggambaran.
"... dalam konteks industri perfileman, apabila kita membawa masuk penggambaran filem dari luar ke Malaysia, kesan positif bukan sahaja dari segi pelaburan tetapi juga dari segi kemahiran dan pengalaman.
"Saya percaya dengan peralatan baharu digandingkan dengan pengalaman kita terlibat dalam filem yang lebih besar, ia akan membantu industri filem dari segi teknikal di Malaysia. Jadi saya lihat ini satu perkembangan yang positif dan semestinya pihak kementerian kami menyokong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Seniman Kebangsaan 2023, di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Ni Ching; Ketua Setiausaha KKD, Datuk Seri Mohammad Mentek; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Md Nasir Ibrahim.
Terdahulu, Fahmi dalam ucapan perasmian berkata, beliau menaruh keyakinan bahawa industri kreatif amnya dan industri filem khususnya akan terus berkembang sebagai jentera ekonomi kreatif seperti negara luar termasuk Korea Selatan, China, Jepun serta Amerika Syarikat.
Beliau berkata, menerusi sektor itu, kerajaan melalui KKD serta FINAS dapat terus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negara melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dan perjanjian kerjasama produksi antarabangsa dengan negara seperti China, Korea dan Indonesia.
Pada masa sama, beliau mengingatkan penggiat industri kreatif untuk terus mengamalkan sikap keterbukaan dalam memberi serta menerima pandangan agar semak dan imbang dapat dilaksanakan.
"Salah tafsiran atau yang menyentuh sensitiviti sesuatu karya seni mesti dielakkan dalam keghairahan mengkomersialkannya.
"Kesefahaman ini penting untuk memastikan usaha dan kesepaduan bersama dapat dicapai dengan saling bertukar pandangan dan sokongan agar seni dan budaya rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini sentiasa terpelihara dan diperkembang ke tahap lebih tinggi," katanya.
Hari Seniman Kebangsaan 2023 yang bertema 'Filem Wadah Perpaduan, Titian Keharmonian' merupakan simbolik penghargaan kepada penggiat seni dan budaya yang banyak menyumbang serta mengharumkan nama Malaysia.
Ia disambut pada 22 Mac setiap tahun dan dipilih bersempena tarikh kelahiran Tokoh Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai mengenang kembali selain menghargai jasa dan bakti beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Fahmi Fadzil (tengah) pada gimik Perasmian Hari Seniman Kebangsaan 2023 di FINAS malam tadi. Turut hadir, timbalannya, Teo Nie Ching (tiga, kiri). - Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
KKD sokong usaha bawa masuk peralatan studio produksi maya
Membawa masuk kelengkapan peralatan studio produksi maya ke Malaysia mampu menjadi pencetus perubahan kepada industri.