ISKANDAR PUTERI: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti Dasar Perfileman Negara bagi melihat aspek yang memerlukan penambahbaikan dalam usaha merangsang perkembangan industri kreatif negara pascapandemik COVID-19.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata ia melibatkan beberapa perkara khusus bukan sahaja berkait pemain industri kreatif tempatan malah usaha menarik produksi luar ke Malaysia.
Beliau berkata langkah itu penting dalam memperkasa sektor yang berpotensi untuk menarik kemasukan pelabur luar dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan anggaran nilai mencecah lebih RM1 bilion.
"Antaranya kita memperkasa kerjasama dengan pemain industri, usahakan menambah baik program Insentif Penerbitan Filem di Malaysia dan meneliti aspek undang-undang mahupun syarat terkait sektor terbabit yang menjadi kekangan selama ini, kita terbuka untuk terima penambahbaikan.
"Pascapandemik ini kita perlu recalibrate industri melalui apa yang boleh ditawarkan pihak kerajaan, inisiatif yang boleh disertakan dengan pemasaran yang lebih meluas kepada industri," katanya kepada pemberita selepas melawat Iskandar Malaysia Studios, di sini hari ini.
Katanya KKD sentiasa terbuka mendengar rintihan, luahan dan perkongsian pemain industri terkait perkara berbangkit mengenai kekangan dialami mereka.
"Jadi insya-Allah pada 16 Mac ini, saya akan adakan satu sesi town hall khas bersama pemain industri kita termasuk para pelakon, krew produksi dan pihak berkaitan untuk mendengar sendiri apa yang mereka perlukan," katanya.
Menurutnya penambahbaikan dan pemerkasaan industri yang diusahakan ketika ini tidak boleh dilakukan sendirian kerana ia melibatkan pelbagai pihak lain yang berkepentingan.
"Kita perlu kerjasama dengan agensi bukan sahaja di bawah KKD seperti Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), kita juga perlu (kerjasama) agensi dan kementerian lain termasuk MOF (Kementerian Kewangan).
"Pemerkasaan industri ini penting kerana kita nak perkasa industri tempatan, pada masa sama tarik masuk produksi luar ke Malaysia. Kemasukan mereka membawa impak positif, beri pendedahan dan pengalaman kepada produksi tempatan sekali gus memberi nilai tambah kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada sidang media selepas melawat kawasan sekitar studio penggambaran yang terdapat di Iskandar Malaysia Studios (IMS) Iskandar Puteri hari ini. - Foto BERNAMA
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi - Fahmi
Sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.